Monday, January 26, 2009

".. Eh, bila kau nak kawin ek?.."



Soalan faveret yang datangnya dari orang-orang (selain dari mak dan adik beradik saya) kat kampung nenek time cuti panjang raya cina.

Pada umur 21 tahun dulu, saya pernah terfikir, apa akan jadi kalau saya masih belum berkahwin bila usia bakal mencecah 25 tahun?

Kenapa 25 tahun?

Sebab pada akal saya ketika 21 tahun, saya beranggapan hidup saya akan/sepatutnya/mesti lengkap pada usia tersebut. Umur 25 bukan ke mesti dah graduate, kerja, dan beli kereta? Akal yang tak berapa matang masa tu fikir yang waktu paling perfect untuk tamatkan zaman bujang ialah pada umur 25 tahun. Waktu tu dalam otak saya gambaran hidup yang sempurna ialah lebih kurang macam tu.

But hey, que sera sera.. whatever will be will be. the future's not ours to see. Que sera sera..

Dalam saya struggle untuk tamatkan ACCA, saya pun macam orang lain jugak, ada kawan rapat ehem ehem. Mak dan Ayah of course tak boleh tahu. Rahsia simpan elok-elok. Dan bila tiba hal-hal macam ni, saya jadi terlalu secretive, sampaikan kakak dan kawan paling rapat pun tak boleh tahu. Jaga air muka la konon. Rasa macam malu je kalau cerita-cerita kat orang, pastu hubungan tu tak kemana. Macam artis je aku nih...:-)

Hubungan-hubungan tu ada cerita tersendiri. Saya pun malas la nak ingat-ingat balik. Tapi penyebab kepada putusnya hubungan tu saya paling ingat.

Arwah ayah saya meninggal sebab kanser. Diagnosed pada 2002, dan survived 5 tahun. Waktu saya suffer dalam usaha nak habiskan ACCA dulu, saya paling takut kalau-kalau Ayah meninggal sebelum saya sempat qualified. Macam yang saya pernah cakap dalam entry sebelum ni, ada banyak benda dalam hidup saya yang dicorak oleh Ayah. Enroll ACCA pun sebab Ayah. Hal ketakutan tak sempat qualified sementara Allah masih pinjamkan Ayah pada saya ni selalu sangat bermain dalam otak dan untuk beberapa tempoh tahun tertentu saya memang selalu prioritise ACCA dan arwah Ayah berbanding benda lain. Sampaikan ke satu peringkat, saya pernah berdoa supaya saya dijauhkan dari hal-hal berkaitan hati dan perasaan supaya saya dapat focus pada perkara yang pada saya perlu diutamakan.


So hidup saya menjadi sangat simple back then. Sibuk dengan rutin yang padat- menghadiri part-time class, revision, hantar Ayah ke hospital, hantar Mak ke kenduri kahwin, etc etc etc. Macam jadi terlalu susah sangat nak keluar dating, apatah lagi hang-out dengan kawan-kawan. Ada sorang ex tu pernah cakap yang dia terasa dirinya macam 'digantung tak bertali' je. Macam drama je kalau ingat balik sekarang. Untuk memburukkan lagi keadaan, seboleh-bolehnya perbincangan soal kahwin cuba saya elakkan. Pada mereka saya maklumkan yang saya belum bersedia menerima apa-apa komitmen sebelum saya qualified. Dan bila ada yang cuba berkias tentang Mak Abahnya teringin nak berkenalan dengan Mak Ayah saya, saya dah ready dengan 1001 alasan- 'saya perlukan lebih masa', 'saya ada perkara penting yang perlu saya utamakan dulu', 'saya belum bersedia ke peringkat tu', ermm, I remember saying those. And pada waktu tu pulak, rasa down lepas tengok result ACCA menjadi rutin saya setiap 6 bulan. Jadi bayangkan apa perasaan mereka- dah la keluar dating sikit punya susah, lepas tu tak nak cakap apa-apa pasal kawin sampai qualified, plus asyik fail je pulak minah ni. Memang hopeless la. Perangai-perangai tak molek saya ni buat mereka rasa saya tak bersungguh nak menjayakan hubungan yang memang tak kemana tu. Jadi break-up ialah jalan yang paling baik. Saya tak pressure, dan mereka pun tak merasa tertipu atau perlu menunggu untuk satu tempoh yang saya sendiri tak pasti. Pernah tak korang putus hubungan dengan orang yang korang masih sayang disebabkan korang benci dengan apa yang korang buat kat diorang? Sangat menyeksakan I tell u... huhuhu..

Jodoh ni barangkali semacam peluang juga. Peluang yang kadangkala tiba pada waktu yang tak dijangka. Dan sama seperti sifat peluang, ia hanya datang untuk beberapa kali dalam tempoh tertentu, dan amat rugi untuk disia-siakan. Kalaulah apa yang saya fikir ni betul, rasa-rasanya saya dah lepaskan 3 kali peluang penting ni. Peluang yang datang pada masa yang betul-betul saya tak bersedia. Pada waktu yang betul-betul saya tak berdaya nak menyambutnya. Jodoh tak akan tercipta kalau satu pihak saja yang bersedia dan satu pihak lagi menolaknya.

Jodoh tu akan tiba pada masa, waktu, dan ruang seperti yang telah tertulis di Loh Mahfudz. Cepat atau lambat, saya fikir ia sudah terlukis takdirnya. Sama macam rezeki kita yang lain-lain juga. Samada cepat atau lambat, kalau dah tertulis sesuatu itu hak kita, insyaAllah satu hari nanti apa yang dihajatkan itu juga akan tiba pada masa yang telah ditakdirkan. Jadi tak perlu risau.

Saya bahagia, dan redha menerima takdir yang tertulis buat saya. Tapi orang-orang yang suka bertanya soalan kat atas tu agaknya terlebih risaukan saya. Atau mungkin mereka takut saya akan suruh mereka bayar balik study loan saya kot.

Saturday, January 24, 2009

AKU DAN ACCA : EPISODE 6

kembali ke tahun 2005/2006

Awal tahun 2005, aku kembali ke uitm semula. Aku rasa sudah-sudahla tensen dengan Miss X dan Mr Z tu, kalau tak pegi kelas macam mana aku nak faham, macam mana aku nak pass periksa. Aku nekad, tebalkan muka, pegi daftar semula. Bukan senang, sebab segan- kena jumpa semula lecturer2, belajar dengan junior2, dan kawan2 pulak dah tak ada, plus aku berperang dengan ego aku pulaknya. what the heck...

Dipendekkan cerita, aku bergeng pulak ngan Nor, Da , Elle, dan Q. Kelas macam takde perbezaan pun dari kali terakhir aku jejak masa Jun 2004. Serupa lagu tu jugak. Masa tu aku dah mula terfikir; adakah syllabus core papers ni betul2 killer, atau aku ni terlalu lembab? Aku mula faham sikit-sikit syllabus 3.7, dan 3.6, tapi aku rasa otak aku dah tak macam dolu-dolu lagi. Kalau kat luar sana ada service utk upgrade otak, dah tentu aku akan pegi. Hari-hari aku doa, supaya aku qualified dalam tahun tu. Sebab aku dah tak larat repeat-fail-repeat-fail lagi.

Lagi sebulan nak exam, barulah pertama kali aku rasa aku yakin aku boleh jawab soalan core papers tu. Masa tu aku dah boleh buat soalan hedging tanpa rasa nak hantuk kepala kat dinding, dan lain-lain syllabus yang dulunya aku tak boleh. 3 hari sebelum exam aku study kat bilik Elle dengan Nor and Da. Elle offer nak buat air, aku cadang buat air oren sunquick, guna water cooler kat asrama bilik Elle. Esoknya aku selsema, batuk, dan sakit dada. Aku periksa suhu, sah aku demam! Aku lupa yang aku allergic dengan air mentah/tapis/unboiled, sebab aku ada athma. Hari Ahad, which is sehari sebelum exam paper 3.5, aku study sambil menggigil, dan lap-lap badan dengan tuala basah rendam ais, sebab badan aku panas sangat time tu. Athma pulak memburukkan lagi keadaan- dada aku sakit dan nafas aku tersekat-sekat.

Hari pertama exam, masuk exam hall aku rasa macam nak muntah. Bukan sebab apa, Ventolin buat aku rasa loya sebab kahak banyak sangat. Kepala aku berdenyut. Sedih rasanya masa menjawab soalan sebab aku rasa usaha aku utk 5 bulan tu struggle belajar semula ended up dengan aku demam plus athma masa hari periksa. ACCA bukan macam internal course exam yang ada carry mark utk tests/assignments/quizzez. Samada kau lulus atau fail semuanya bergantung pada tiga jam pada hari kau menjawab soalan tu. Esoknya demam aku makin teruk, suara pun serak-serak-parau dan nafas jangan cakap le, memang letih rasanya bernafas sambil nak menjawab soalan-soalan maut ACCA tu. Hari ketiga aku makin teruk dan aku memang dah tak larat time tu, aku belasah je sebab Ventolin betul2 buat aku terbayang mangkuk jamban je. Aku rasa nak muntah setiap masa.

Sedih betul rasanya masa tu. Aku macam dah boleh agak je result aku. Dan seperti yang dijangka, aku fail lagi. Yang sedihnya aku dapat 48 utk 3.6, dan 46 utk 3.7, dan aku pass 3.5. Untuk sesiapa yang pernah buat ACCA, nikmat mendapat markah pass 50 tu hanya Allah yang tahu. Mungkin orang lain akan rasa teruknya markah, 50 je.. Tapi untuk yang pernah sit exam tu akan faham betapa susahnya nak dapat 50 tu. Aku menangis teruk masa tu. Terfikir yang kalau aku tak demam, mungkin aku boleh all out masa exam. Aku terfikir nak kerja semula sbb kali ni rasa mcm berkerat rotan berpatah arang dengan ACCA. Masa tu rezeki murah, lepas sebulan tanam anggur aku dapat keja kat satu company kat klang.

Awal tahun 2006, boss aku tanya, kenapa aku tak nak habiskan ACCA aku. Boss aku ni ada MICPA. Dia kata sayang je aku biarkan ACCA aku separuh jalan macam tu je. Nasihat punya nasihat, aku pun terbukak hati. Jadi aku pun nekadla nak cuba nasib sit exam June 2006.

Nak carik kelas untuk part time sikit punya susah. Aku terpaksa sesuaikan kelas dengan budget aku yang sangat-sangat rendah masa tu. Belum guna kad kredit lagi, jadi aku cuba sedaya upaya cari kelas yang yurannya aku mampu bayar cash. Masa tu takat berangan je la nak enroll FTMS sebab FTMS mintak dekat dua ribu kalau tak silap aku untuk tiap satu core papers. Kalau kira-kira balik mau habis empat-lima ribu untuk kelas saja. Belum campur exam fees nak bayar kat ACCA. Belanja minyak kereta lagi belum kira. Pastu aku jumpa kolej Syste*atic, sekarang ni dah jadi S*GI college rasanya. Kolej tu charge lebih kurang seribu setiap satu paper,dan dekat dengan LRT Masjid Jamek. Jadi aku spent RM3k untuk bayar yuran kelas. Bayar annual fees ACCA dan exam fees lagi, overall aku habis dalam dekat lima ribu RM jugak la masa tu. Guna duit yang aku simpan bulan-bulan campur duit bonus. Masa tu rasa cam kalau shopping bag ke, jeans ke, tshirt ke, kan best. ehhh merepek pulak. hehehe

Masa tu aku hidup dengan berjimat cermat. Kelas mula pukul 7.30 malam, jadi selalunya petang-petang lepas balik kerja sebelum kelas start student akan lepak-lepak makan malam dulu. Classmates aku selalu makan Burger King dengan McD, aku makan roti krim Gardenia je beli kat Seven Eleven. Aku bawak bekal air masak dan 5 biji pil spirulina untuk tambah energy. Kadang-kadang aku dah lapar sangat, aku beli maggi cawan dan rendam sebelum kelas mula. Tapi ada sorang classmate aku ni, kerje kat Howar*h, selalu makan roti canai dalam kelas time lecturer bagi break 20 minit tu. Kat tengah2 kelas yang penuh dengan student tu dia bukak kertas minyak bungkus roti canai tu.

Pegi kelas part time ni pun ada cabarannya sendiri. Firstly, dah tentulah kau akan letih dan mengantuk. Kadang-kadang tengah2 dalam kelas tu kau teringat kerja yang kau tak abis buat kat office tadi. Atau kau terbayang-bayang muka boss kau menyinga nak report yang sepatutnya kau siapkan hari ni utk present esok tapi kau tak siap lagi. Kadang-kadang kau juga akan teringat-ingat apa agaknya sambungan drama Natasya yang main kat tv3 pada malam yang sama kau pegi kelas. Lagi, belanja untuk pegi kelas tu- petrol, tol, parking ticket, dan duit makan pun tinggi. Dan dari aspek keselamatan, kelas habis pukul 9.30. Kadang2 lecturer 3.6 aku tu suka extend kelas sampai 9.45. Area kolej aku tu dah sunyi start pukul 9 ke atas. Kadang2 aku jalan kaki sorang2 je ke LRT Masjid Jamek sebab kawan2 aku yang lain banyak yang menghala ke bus stand pudu, dan ramai yang bawak kereta memasing. Selalu aku nampak adegan polis kejar mengejar, kadang-kadang nampak orang digari. Macam kes ragut dengan dadah kalau tak silap. Seram je kalau ingat-ingat balik sekarang ni. Syukur aku selamat dan takde apa-apa benda yang buruk berlaku kat aku masa tu. Berkat doa mak aku dan dan kuasa Allah sajalah yang selamatkan aku.

Aku pegi exam dengan sejuta harapan la kata orang... Bila dah banyak kali fail, apa lagi yang kau expect? Dan lepas bersusah payah hidup selama 5 bulan jadi part time student, campur dengan pengalaman pegi exam time demam dan athma, aku rasa nasib akan menyebelahi aku. Allah akan kasihankan aku. Sebab aku sabar dan tak putus asa. Mesti aku qualified kali ni.

Result released masa hari pernikahan ct nohaliza. Aku ingat tarikh tu sebab masa tu aku temankan ayah chemotherapy kat hospital dan nurse-nurse kat wad Ayah beriya-iya betulkan antenna tv hospital yang gambarnya macam salji tu sebab nak tengok awek lipis tu menikah dengan abg misai. Aku call kakak aku dan mintak tolong check result ACCA aku kat email.

Korang boleh agak tak apa jadi? Mesti boleh kan.

Ya, aku fail lagi.
nak menitik air mata baca text akak aku. 'belum rezeki kau lagi..'

Sama macam fail masa tahun 2005 dulu. Satu paper je yang passed, dan yang lagi dua tu fail marginal. Aku tak menangis. Aku cuma tergamam. Rasa macam terduduk. Masa tu aku betul-betul taknak lagi kejar impian konon-konon nak meramaikan professional bumiputra, atau nak jadi chartered accountant yang disegani, atau apa-apa lagi impian menggunung aku. Aku cuma nak qualified, kerja, dan hidup simple macam orang lain. Tu saja.

Kali ni aku rasa betul2 bodoh. Aku rasa aku buat keputusan salah bila aku sambung belajar semula. Rugi duit saving aku lima ribu. Kalau aku buat down payment beli kereta pun takpe. Aku rasa malu dekat mak, ayah, dan adik beradik yang lain. Aku rasa betul-betul aku dah takde harapan lagi dah.

Iklan kerja aku sekarang keluar kat internet bulan Ogos 2006. Rin call dan suruh aku apply dan aku nekad, minta saja kerja ni, lantak la ACCA aku tu. Mak aku pun suka sebab katanya kerja macam ni terjamin. Ramai giler orang mintak jawatan tu dan aku pun tak simpan harapan tinggi sangat, kerja kat tempat lain pun boleh, yang penting aku kerja. Terpilih untuk temuduga bulan september. Dan sementara menunggu nak dapat jawatan tu, aku minta kerja kat tempat lain dulu, dan rezeki murah pulak, dapat kerja di company melayu di Shah Alam.

Aku taknak dengar lagi pasal ACCA. Jangan ada sesapa cuba-cuba nak ingatkan aku pasal ACCA. Betul2 aku putus harap.

sambung lagi cerita ni next episode.

Thursday, January 1, 2009

TaGgEd by Misshetrek

1. what's your most favourite colour?
- maroon.


2. who is the most important to you?
- arwah Ayah : sebab dia segala-galanya
- Mak : sebab dia syurga saya
- Wati : sebab dia selalu selamatkan saya
- Nadia : sebab dia ialah Nadia


3. how often do you think of committing suicide?
- nauzubillah. saya ni penakut orangnya. takkan berani der nak buat menda ni.


4. do you think you have enough confidence?
- current job saya perlukannya.


5. how many babies you want?
- lima. mak aihh....


6. what is your favourite fruit?
- limau.


7. what is your goal for this year?
- changes.


8. do you believe in eternity love?

- mana ada manusia yang sempurna...


9. what is your worst experience?
- tak berapa ingat.


10. what do you really really want now?
- mimpikan arwah Ayah.


11. what is your bad habit?
- degil.


12. do u have a secret crush?
- ha ha ha.


13. do you cherish every single friendship of yours?
- saya ni bukanlah jenis yang kawan-kawan ramai bersepah, maka saya sangat hargai semua kawan-kawan yang saya ada.


14. what does flying means to you?
- terbang la kan?


15. what do you crave for the most currently?
- shopping Corelle kat Langkawi.


16. are you single/relationship?
- single.


17. what are you supposed to be doing now?
- iron baju dan tudung nak pegi keje esok.


18. what have you done to yourself to make yourself happy?
- macam-macam...


19. what are you hoping for?
- mak saya dikurniakan kesihatan yang baik, adik-adik saya boleh jaga diri mereka dengan baik, dan dapat apa yang dihajatkan.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr