Wednesday, December 31, 2008

AKU DAN ACCA : EPISODE 5

Salam to all readers

Aku agak sibuk lately. Kepulangan Mak dari tanah suci, menguruskan adik bongsu yang dipaksarela ke PLKN, target-target yang tak berapa munasabah yang perlu aku capai di pejabat sebelum penghujung 2008, dan beberapa hal membabitkan urusan keluarga yang sangat penting. Aku mencuba yang terbaik untuk selesaikan apa yang pelu diselesaikan, dan berdoa Allah kurniakan aku kesihatan yang baik dan hidup aku diberkati. Bukan senang nak jadi pengganti Ayah. Satu hari nanti aku akan ceritakan tentang lelaki hebat ini.

Lanjutan dari kisah aku dan acca sebelum ini yang pernah aku ceritakan.

Tahun 2004 boleh dikatakan antara tahun yang sangat terkesan buat aku. Sebenarnya ada 4 tahun yang beri impact besar pada aku ; tahun 2004, 2005, 2006, dan 2007. Yang mana peristiwa pada tahun-tahun tu kadang-kadang datang macam kilat dalam otak aku. Aku malah boleh ingat hampir kesemua peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam keempat-empat tahun tu. Bukan sebab aku simpan jurnal masa tu, tapi sebab benda-benda yang jadi dalam tahun-tahun tu bagi kesan yang sangat-sangat besar dalam hidup aku. Boleh dikatakan sebahagian besar siapa aku sekarang ialah acuan dari semua tahun tu.

Tahun 2004 ialah tahun yang mana aku berangan aku qualified dan mula bekerja. Macam yang aku ceritakan dalam episode 4 hari tu, aku rasa sangat-sangat give up dengan result core papers aku. Dan masa tu aku terfikir mana nak cekau duit untuk bayar yuran exam. Aku terfikir nak cari kerja untuk tempoh 2-3 bulan, kemudian study sendiri, dan bayar yuran periksa guna duit gaji aku. Job pertama aku dengan satu forwarding company kat Klang. Masa tu seronok sebab aku dapat lupakan result final stage yang buat aku down sangat-sangat tu. Lama-lama aku makin lupa janji awal konon-konon nak keje 2-3 bulan je tu. Memang aku bayar yuran guna duit gaji yang aku kumpul, tapi aku tak study pun. Sebab selalunya malam-malam aku keletihan dan tidur awal. Mak aku bising-bising dan arwah Ayah pun tegur, jadi last-last aku resign sebab aku rasa matlamat utama aku bekerja utk bayar yuran dah pun selesai dan aku pun macam takut jugak time tu sebab exam dan around the corner sangat-sangat dan satu hapah revision pun aku tak buat, let alone subject-subject yang memang aku tak faham Sampai hari exam, aku rasa nak menangis depan exam hall. Aku rasa macam hampeh je, dan otak aku pun masa tu ligat menaakul benda-benda negatif yang buat aku tambah kecut nak enter exam hall.Aku terasa menyesal dan terasa sangat-sangat yang aku dah tersilap langkah. Aku tak patut resign, eii, aku tak patut kerja hari tu, eii, aku tak patut buat ACCA dari mula dulu, eii eii eii...

Aku kalah sebelum berjuang.

Kat dalam hall masa paper 3.6, aku ingat yang aku cuma flip kertas dan pandang budak cina yang duduk sebelah aku beriya-iya tekan calculator. Masa tu soalan 1 part consol keluar IAS 7 - Cash Flow Statement. Betapa ruginya aku. Semua lecturer macam berdoa IAS 7 keluar sebab dalam banyak-banyak soalan part 1, Cash Flow paling senang . Of course better chances to pass. Sebelah kiri aku masa tu Chu (dah qualified, dan dah selesai buat MBA dengar cerita). Nampak tenang dia jawab soalan tu. I couldn't think of anything, except want to hantuk my kepala kat dinding. Betapa ruginya aku. Soalan yang dinanti-nanti, kalau tak silap masa tu hampir 10 exam 3.6 sebelum tu tak keluar-keluar soalan IAS 7 tu. Aku sia-siakan satu shot yang bagus.

Result turned out to be-







Module fail sekali lagi.






menangislah..... kalau tak kau akan menyesal.....






Aku mengasingkan diri, dan elakkan dari jumpa orang-orang tertentu. Dan aku terfikir yang aku nak tebus kesilapan aku abaikan study dan sia-siakan peluang exam Disember 2004 tu. Aku putuskan untuk masuk kelas semula. Lantakla, kena kutuk pun lantakla.


Bersambung ke episode yang akan datang.

Sunday, December 14, 2008

TENTANG SEBUAH LAGU

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja



lagu ni bukan lagu baru. dah setahun agaknya ya? tapi saya tak pernah tahu lirik sebenarnya. tangkap blues sungguh. takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati ya...

Thursday, December 11, 2008

SYUKUR

Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Mula dari aku qualified tahun lepas, dapat kerja yang ramai kawan-kawan aku yearn sangat-sangat (kawan-kawan aku yang kata, korang mungkin ada pendapat berbeza), satu-satunya kakak yang aku sayang kawin dengan abang ipar aku yang baik dan buat aku terasa macam ada abang kandung sendiri, kelahiran anak buah aku yang gebu, dan macam-macam lagi yang mungkin aku tak berapa nak ingat. Perlu di ingat, rezeki bukan tertakluk setakat wang ringgit saja, tapi juga kesihatan, masa, jodoh, dan apa saja yang datangnya dari rasa cinta Maha Pencipta kepada hambaNya yang kadang-kadang lupa bersyukur dengan apa yang dikurnia.


Tahun 2002 dulu, waktu mula-mula enroll ACCA, semangat aku masa tu dipengaruhi oleh senior-senior yang aku hormat/respect. Masa tu ayat "..towards Professional Muslim..", berlegar-legar kat otak aku. Cita-cita aku masa tu nak meramaikan bumiputra professional, nak practice as chartered accountant, nak kerje kat oversea (ceh, berangan), nak berjaya dalam hidup (macam ayat dalam autograf sekolah rendah je), nak itu, nak ini. Tapi inilah kuasa takdir. Takdir yang terlukis untuk aku, yang tak pernah sekali pun aku bayangkan waktu tu. Hidup kita ni semua ni berbeza-beza perjalanan takdirnya. Ada yang macam Nissan Skyline pecut di highway yang lapang. Ada yang macam Perodua Kancil 660 cuba naik bukit yang curam sangat-sangat. Ada yang culas solat, tak pernah nak dekatkan diri denganNya, tapi happened to be dapat kerja yang bergaji besar, suami yang baik, anak-anak sihat, hidup kaya raya. Ada yang baik sangat orangnya, kuat ibadah, molek budi pekerti, tapi azabnya hidup hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang hati kita ni terdetik- 'kenapa yea macam ni?'. Aku percaya, Allah berikan semua daripada kita takdir-takdir yang berbeza, yang bersesuaian dengan kita, yang terpikul oleh kemampuan kita, dan semua itu ujian yang perlu kita harungi dengan sebaik-baiknya. Kalau kau kaya, cantik, berjaya, itu pun ujian- nak menguji sejauh mana kau bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan. Dan kalau kau susah, miskin, failure, itu juga ujian, nak menguji sejauh mana kau bersabar, dan bertahan.

Kita ni tiap-tiap hari berdoa, minta macam-macam dari Allah. Tapi sedar tak kita, amalan kita takuk tu jugak. Kalau dari dulu cuma solat wajib 5 waktu, puasa, zakat, sampai sekarang tu je la amalannya. Ibadah sepertiga malam, puasa-puasa sunat, solat-solat sunat, amalan bersedekah dalam pelbagai sudut dan aspek, takde pulak kita tambah-tambah. Tapi tang doa kita tu, fuhhh....panjang lebar sampai semua benda yang best-best kat dunia ni la kita mintak. Bila dah dapat benda yang kita nak, kita mintak lagi benda lain yang kita belum dapat. Ibarat kita cuma bagi goreng pisang je kat jiran sebelah, tapi expect jiran kita tu balas makanan2 dari hotel 5 star. Benda yang kita beri tu tak sepadan dengan yang kita minta. Malu kan rasanya...

Aku rasa masih belum terlambat untuk kita berhijrah. Berhijrah jadi hamba yang lebih baik. Dan jadi hamba yang lebih bersyukur atas setiap kurniaanNya.

InsyaAllah.

Wednesday, December 10, 2008

AKU DAN ACCA : EPISODE 4

Demi suatumasa, aku kembali menyambung cerita ni.

Final stage ACCCA. Final sem (read: berangan konon-konon final sem).

Kat stage ni la aku betul-betul belajar kenal diri aku. Stage ni la yang paling aku ingat sampai sekarang. Kalau nak kata pengalaman hidup sesorang tu biasanya penuh dengan ups and downs, ni period of down aku la kira kiranya.

Masa tu batch aku cuma tinggal aku dan kak Pi saja yang sampai ke final stage. Yang lain-lain tu bukanla diorang quit, cuma masih kat first atau second stage, dan belum sampai ke final. Mula-mula memang excited sangat-sangat. Sangat teruja bila membayangkan yang paper cuma berbaki 4 saja sebelum qualified. Walaupun masa tu masuk final stage bererti aku terpaksa berpisah dengan Em yang selama ni jadi kawan study, makan, dan lepak yang setia, disebabkan aku terlalu terkesima, aku memang tak fikir panjang, dan aku nekad nak sit 4 paper sem tu. Masa tu paper final was Strategic Business Planning & Development (3.5), Advance Corporate Reporting (3.6), and Strategic Financial Management (3.7). Dan extra, aku kena repeat paper option Performance Management yang aku fail masa sem 3 dulu tu.

Kelas aku masa tu penuh dengan student yang dah ada degree. Aku dari diploma, ada 10 paper ACCA kena attempt. Student yang ada degree ni pulak masa tu kebanyakannya kena sit 5 paper saja. Sekelas dengan bebudak yang dah ada degree memang mencabar. At least to me la. Sebab pace kita definitely berbeza. Contoh masa diploma dulu aku tak belajar consol yang complicated sangat. Masa paper Financial Reporting ACCA (2.5) pun consolnya taklah berbelit macam 3.6. Style yang macam parent company ada subsidiary, ada associate, pastu subsidiary tadi tu ada subsidiary pulak, pastu tengah-tengah tahun kang parent dispose subsidiary tu, pastu hujung tahun tu dia acquire associate baru pulak, lebih kurang gitu la. Pastu kes-kes yang mulanya company A ni acquire company B, then company B issue share lagi ke apa ntah, then jadi reverse acquisition (serius aku tak berapa ingat...) Belum campur lagi IAS- aku ambik international stream masa tu- dari IAS 1 sampai IAS 40. Pastu IFRS 1 sampai 6 kot masa tu, tak ingat dah aku. Ada pulak exposure draft. Soalan current issue pun ada. Tapi yang paling aku risaukan ialah consol-consol berbelit tu la. Aku nak sangat faham menda tu, tapi waktu tu student2 yang dah ada degree ni memang 'laju', sekejap je dah faham, jadi lecturer pun ikut laju jugak la. Lecturer masa tu Miss X, stern orangnya. Time tu cuma ada 5 orang student diploma, termasuk aku. Masa tu memang aku selalu berlakon berpura-pura faham sebab aku takut sikit dengan Miss X ni.

Paper 3.5 Strategic Business Planning and Development tu banyak membaca la. Dan perlu praktis banyak-banyak menulis report yang baik. Lecturer masa tu Miss Y, dia ni banyak idea nak bagi kelas tu seronok. Aku ingat lagi kitorang kena bawak bola saiz genggaman tangan, dan dalam kelas kena squeeze bola tu, untuk generate idea. Kelas tu aku tak risau sangat la, agaknya sebab aku suka paper management, dan aku suka kelas tu ceria.

Paper 3.7, Strategic Financial Management. Tak silap aku sekarang ni jadi paper option P4. Yang ni lagi la paling menyedihkan antara semua paper final aku. Lecturer aku tu Mr Z- aku susah sangat nak faham lecture dia. Pasal heavy sangat topik pun ye jugak- macam-macam topik- hedging, portfolio analysis, Adjusted Present Value, etc etc. Aku rasa susah sangat paper yang nih. Budak2 kelas aku mana yang penah buat degree takde masalah sangat. Aku rasa aku yang paling terkulat-kulat. Aku rasa aku macam ketinggalan jauh sangat dari kawan2 aku. Sedih betul rasanya. Hancur luluh hati aku (melampau betul....). Aku rasa macam memang takde harapan langsung nak qualified sem tu. Aku end up dengan rajin ponteng kelas Mr Z dan konon-konon cuba study sendiri kat library. Aku ingat lagi aku try attempt latihan Money Market hedging, gaya merangkak-rangkak. Pastu konon-konon cuba buat Future dan Forward contract, bila tengok answer scheme satu habuk pun aku tak faham. Pelik je, kenapa contract kena dibahagi empat? Kenapa ada bulan Mac, Jun, September, dan Disember saja? Apa tu LIBOR? Agaknya sebab aku selalu sangat menyampah dengan Mr Z jadi aku makin tak boleh nak faham belajar subject tu sebab berdosa kat cikgu. Aku jadi depressed. Hobi baru aku masa tu ialah menangis dalam kereta, dalam bilik air, depan buku 3.7, dan bila nampak muka Miss X dan Mr Z.

Menangislah... kalau tidak kau akan menyesal....

Aku memang sangat tertekan. Aku jadi pendiam, buat hal aku sendiri, banyak spend masa kat library sorang-sorang cuba nak buat latihan-latihan yang tak masuk akal tu. Dan student-student yang ada degree ni makin rancak study, makin confident, dan aku betul-betul rasa dipinggirkan.

Result turned out to be-








module fail.





3.5 fail
3.6 fail
3.7 fail
tapi paper option yang aku repeat tu pass la.

aku menangis sampai bengkak mata. terasa macam bodoh, dungu, bebal, malu, segan, rendah diri, semua benda-benda negatif tu la.

apa jadi next?

sambung dalam entry akan datang.

Friday, December 5, 2008

AKU DAN ACCA : EPISODE 3

Naik semester 3, aku kena buat pilihan. Kat stage ni, aku kena pilih dua paper out of 4 papers. Masa tu paper option was Advance Audit, Advance Taxation, Performance Management, dan Business Information Management. Aku masa tu rasa macam nak buat Advance Audit dengan Business Information Management. Tapi time tu dalam otak aku dok fikir pasal nak cepat-cepat qualified, dan Em pun suggest ambik Performance Management dengan Business Information Management je kalau nak lagi terjamin. Sebab performance utk paper audit dengan tax masa tu memang teruk sangat-sangat la. Kira kalau 5 orang yang sit, 4 orang dah tentu fail, atau kadang-kadang lima-lima orang tu fail. Jadi aku pun tak nak la ambik risk tu, maklum konon-kononnya dah dekat sangat aku nak qualified nih.. Dan paper Performance Management & Business Information Management punya passsing rates pun tak seteruk paper yang lain tu, aku pun agak kompiden la.

Kali ni life aku agak busy cket la. Sebab masa tu En terpilih sebagai presiden untuk society kitorang, dan memandangkan aku dan Em ni kawan dia, jadi kami pun menggunakan kuasa-kuasa Hikmat Pujukan Rayu Bersakti supaya En lantik kami jadi apa2 commitee supaya dapat menyebok-nyebok sama. So, kalau ada program apa-apa kat level 14 tu, kami pun salu terselit la. Best la sebab dapat join macam-macam projek, especially meragging junior, hehehe, takla.. Aku dan Em pun dah makin jarang-jarang study kat library. Dok sibuk join program je. Tapi seronok la. Sekarang ni kalau teringat balik kenangan-kenangan tu, rasa nak balik semula ke zaman tu. Teringat aku masa orientasi bebudak baru kat Bukit Cerakah, kitorang yang AJK ni tidur kat rumah Negeri Sembilan. Kat situ ada rumah-rumah contoh ala-ala Mini Malaysia tu la. Time tu aku tidur sebelah Lala. Malam tu semua orang dah tido, tapi aku dengan Lala dok bersembang2 lagi. Tetiba ada sorang minah ni, dia bangun tidur, dia pandang aku, lepas tu terus cakap "weh korang, boleh tak tolong baca ayat kursi banyak-banyak. 'Dia' ada kat situ ha, tengah duduk pandang kita semua..". eii, apa-apa ntah minah tu... Aku masa tu suspek minah ni mengigau ke haper. Aku pegi tanya dia balik " 'Dia' tu sapa?". Pastu minah tu jawab "Benda tu la. Rambut panjang, pakai baju putih tu. Ada duduk situ ha.", sambil tangannya point kat hujung anjung rumah. Perghhh....meremang bulu roma aku. Aku dengan Elle dah seram ni. Aper la minah tuh. Kalau ye pun dia nampak, takyah la bagitahu aku dengan Elle kan? Aku dah pernah dengar cerita sebelum ni yang minah ni memang lain sikit,dan dia pernah cakap yang dia ada memang boleh nampak benda-benda halus ni. Pastu tambah lagi suspen, minah ni bangun dari tempat dia dan baring sebelah aku dan Elle. Then dia tidur macam biasa. Aku dengan Elle dah menggigil tak hingat. Pastu minah tu macam mengigau, bebel-bebel apa ntah. Elle kejut aku, aku pun bangun, dan sms si En suruh dia datang ambik kitorang. Masa tu bebudak lelaki tidur kat pondok sentri. Tak lama lepas tu aku dengar suara Bi bagi salam. Aku dan Elle terus sarung tudung, keluar dari rumah tu. Aku nampak Bi pegang benda yang biasanya orang guna utk kumpulkan daun kering tu, penggaruk sampah ke haper ntah orang panggil, dan Nasir macam pegang kayu panjang lebih kurang gitu la. Bi cakap dalam nada berbisik "..eh,cepat keluar, cepat, ikut kitorang..". Macam nak serang perompak je gayanya. Terharu betul aku dengan 'senjata-senjata' yang diorang bawak tu. Kitorang tak cakap apa, terus jalan pi pondok sentri. Sampai je diorang terus tanya "apa jadi? sapa kacau korang?". Aku pun ceritakan la kes minah tu tadi. Yang si En dengan Bi ni terlebih imaginasi ingat ada orang Indon mengendap kitorang ke haper. Sebab katanya dah banyak kes macam tu kat situ. Patutla datang dengan penggaruk sampah bagai.. Pastu sampai subuh kitorang duduk kat situ, bersembang dengan diorang.

So, semester 3 ni, paper pun quite tough jugak. Belajar dengan sorang lecturer ni, Mr S. Dia ni baik, memang nampak gaya dia nak menolong student. Masalahnya cuma slang dia tu susah sikit nak faham. Kau kena dengar betul2 masa dia lecture. Ada sekali tu dia cakap "Pinana is a good car...". Pueh la aku pikir amenda la Pinana tu, rupanya nak kata Proton Perdana tu. Lagi satu "Many people like to buy blender good", rupanya nak cakap 'branded good'. hehehehe... Tapi dia ni baik la,tak berkira dan rajin, dan aku selalu datang bilik dia sebab aku senang lost dalam kelas dia sebab slang dia tu. Kelas Business Information Management pun okay la, takde berbelit sangat.

Result turned out to be aku pass paper Business Information Management, and failed Performance Management- 47 marks. Uhhhhh... Tapi happy tetap happy, sebab aku boleh masuk final stage!! Yeah, dah dekat dah nak qualified ni... dah dekat sangat dah ni.. tinggal lagi empat paper (3 core papers plus 1 paper repeat), then konvo la!! yahhooo!!

apa jadi next?

Bersambung ke entry akan datang.

REZEKI...

Alhamdulillah.

Saya dah lulus peperiksaan pengesahan jawatan di jabatan saya!!

Tapisan Keselamatan pun dah lulus. Tinggal lagi pengesahan lantikan dan pengesahan jawatan.

Syukur.

Thursday, December 4, 2008

AKU DAN ACCA : EPISODE 2

Sambungan cerita dari episod 1 hari tu.

Okay. Aku pun melalui satu semester yang cemerlang, gemilang, terbilang, yang mana hidup aku dikelilingi percikan-percikan bunga api yang cantik, meletus-letus, cahayanya bersemarak, pelangi-pelangi indah, bla bla bla. isk isk isk over, over.

Dulu geng yang selalu study dengan aku kat library ada 5 orang- Em, En, Es , Bi, dan Ai. Tapi yang wajib ialah Em, Bi dan Ai. Es dengan En ni kira bermusim la, dan diorang berdua ni selalu takkan datang pada waktu yang sama. Kira kalau hari tu En datang, si Es ni takde. Kalau esok Es ada, si En pulak tak datang. Bila tengahari Bi akan jadi tukang beli makanan kat section 2. Masa tu dia ada motor. Kitorang semua cuma penunggang bas yang setia. Bila masuk semester 2, yang sama stage dengan aku masa tu cuma En & Em. Bi dengan Ai ni masa tu tak lepas few papers yang aku sit masa first sem tu, jadi diorang form group lain. Dan study group aku makin mengecil. Jadi agak buhsan, of course.. Dengan En ni aku tak berapa reti sangat nak sembang-sembang benda-benda yang biasa aku sembang dengan Bi & Ai. Es okayla, tapi masa tu dia tengah sibuk pegi interview & assesment PTD, dan tak lama lepas tu bila dia dapat keja tu, dia quit ACCA terus. So most of the time aku berdua dengan Em je la kat library. Selalunya kitorang study dalam 2-3 jam yang pertama tu je. Selebihnya kitorang pegi merayap kat bahagian buku bebudak course Hotel & Catering, carik resipi kek atau biskut. Aku ingat lagi yang aku suka baca satu buku ni- 'Art of Cake Deco', berjam-jam. Kadang-kadang aku baca majalah Wanita, Jelita, Mastika (melampau betul..) yang librarian dah jilidkan cantik-cantik. Lupa la sekejap stress belaja ACCA tu.

Aku sit dua paper je masa second sem. Financial Reporting & Audit. Okay la. Nak kata killer sangat pun, aku rasa bebudak ACCA yang lain mesti agree dengan aku yang paper final stage tu la paling sewel sekali. But still ada gak yang passed core papers tu first attempt kan? Dan aku pun tak la sehebat tu.

Second sem ni aku dah ada pengalaman, jadi takdela insiden-insiden menggelabah macam first sem dulu. Kali ni lebih smooth la. Cuma aku agak stressed pegi kelas Financial Reporting, belajar dengan Miss Jay. Stressed sebab aku sekelas dengan bebudak yang dah ada degree, dan dah biasa dengan accounting standard dan consol account yang agak complicated. Sedangkan aku masa tu baru nak kenal IAS, IFRS, Exposure Draft. Paper Audit aku tak risau sangat, sebab aku rasa paper Financial Reporting aku lebih bermasalah.

Passed both papers. Dan aku rasa dah dekat dah jarak aku nak reach affiliate status. Come on, come on, sikit je lagi nak naik pentas DSB nih...

Bersambung ke entry akan datang.

Tuesday, December 2, 2008

GO TOWARDS THE LIGHT, COLA!

Saya memandu dari Cheras ke Klang, keletihan, dan tiba dirumah disambut dengan berita sedih.

"..Angah, Cola dah mati.."

okay. Kucing baka siam Mak saya yang namanya Cola tu memang demam sejak Mak pergi Mekah. Mulanya tak lalu makan, berlanjut kepada kurang aktif, tak mau main-main dengan kucing lain, dan kemuncaknya dia tak boleh imbangkan badan. Vet dah suggest saya supaya suntik maut saja daripada dia menderita. Tapi Mak pesan biar apa pun jadi, biar Allah saja yang cabut nyawanya. Malam tadi memang nampak dia lemah sangat, saya pun dah siap sedia dalam hati, kalau Allah nak ambil Cola saya redha walaupun saya sayang sangat kucing ni.

Jadi saya pun jadi petani sekejap la petang ni. Ambil tajak dan gali tanah sekangkang kera depan rumah untuk jadikan kubur Cola.

Sekarang saya tengah cuba fikir, cara nak menyusun ayat yang terbaik untuk beritahu Mak. Ermmmm....

Monday, December 1, 2008

AKU DAN ACCA : EPISODE 1

Salam.

Aku rasa nak cerita pasal ACCA hari ni.

Aku dapat reminder dari ACCA, pasal practical experience requirement annual return aku. Aku memang dah malas tahap cipan dah tiba hal ni. Mungkin sebab current job aku ni. Semangat aku dah makin luntur sejak pertengahan tahun ni. Aku bosan dengan kerja aku. Fed up. Fed bloody up.

Ada colleague pernah tanya aku, apa sebenarnya aku nak buat dengan ACCA tu. Sebenarnya aku takde jawapannya. Dulu aku tunggu lama sangat. Dan dalam masa nak menunggu yang macam menunggu buah tak gugur tu dulu, aku bentuk diri aku jadi sabar dan terima baik buruk keadaan sekeliling aku sementara nak tunggu qualified. Lama-lama aku jadi immune. Lama-lama aku jadi selesa. Lama-lama aku makin lupa dengan niat asal aku.

Kalau ingat balik macam mana azabnya masa belajar dulu, erm, tak la semuanya azab, ada juga part-part yang syoknya, contoh time enjoy dengan kawan-kawan semua tu kan, terasa ruginya aku tak make use benda ni. Tapi macam aku cakap tadi, kadang-kadang hati aku rasa berbelah bagi. Aku rasa faktor usia la. Ye ke...? Tapi kawan aku lagi selamba badak, lepas qualified je pegi join Big 4, padahal dah dekat nak kawin dan umur pun baya aku. Erm, mcm mana aku nak cakap ya. Aku rasa 'spark' tu dah takde. Macam dah luntur. Faded.

Kenapa aku pilih utk enroll ACCA dulu? Senang je. Sebab arwah Ayah aku suruh. Kalau hari tu Ayah suruh aku buat Ijazah Kesusasteraan Tamil, maka aku akan buat jugak. Sebab seluruh hidup aku dari mula memang dalam acuan Ayah.

Aku ingat lagi, masa mula-mula register, ada sorang senior ni namanya Rizal, dia nasihat aku daftar dua paper je. Susah katanya. Rizal ni memang baik orangnya. Tak silap aku sekarang dia kat EY kot. Tapi cam biasa, aku daftar tiga paper, sebab Ayah aku suruh macam tu. Aku ingat lagi ayat Ayah "..Rezeki orang lain-lain. Jangan samakan diri dengan orang lain.."

First time exam ACCA, aku ingat aku menangis dua hari sebelum tu. Macam bangang je kalau ingat balik. Punya la aku panik, sampai aku menangis siap-siap depan Mak, konon-kononnya backup siap-siap la in-case dibuatnya aku flunk ke kang. Tapi memang aku psiko betul time tu. Aku tak duduk hostel jadi aku cemas la tengok kawan-kawan aku yang duduk hostel ni pakat-pakat form study group la, discussion la. Last-last disebabkan panik attack tu aku pun mintak tumpang hostel sorang kawan ni- Hash. Masa tu bulan puasa. Exam aku ada yang seminggu sebelum raya dan ada yang masa hari raya.

Masa menumpang hostel Hash ni lagila terasa psiko rupanya... Semua orang angkut buku kehulu kehilir. Hash pun boleh tahan rajinnya. Siap bangun malam buat tahajjud lagi. Dah tu ada senior yang dah banyak kali fail paper yang kitorang nak ambik tu dok nasihat-nasihat kitorang buat elok-elok la, itu la, ini la. Aku ingat yang aku end-up dengan study sorang-sorang jugak dan lama-lama aku balik semula ke rumah dan menangis-nangis bangang tadi tu la. Tapi Mak aku masa tu tak layan aku. Bagus jugak la. Kalau dibuatnya dia layan perangai gila aku time tu, ntah makin menjadi-jadi agaknya drama spektra tu.

Pada hari exam, time tu bulan puasa, aku datang lima jam sebelum. Exam ACCA ni buat serentak satu dunia, jadi pukul 9-10 pagi kat UK tu tiba kat Malaysia pukul 3 petang la lebih kurang. 2.30 p.m dah kena masuk exam hall. Masa solat Zuhur tu ada sorang akak ni baca surah Yassin sebelah aku. Akak ni masa tu pun panik gak. Dan berkat bacaan Yassin dia tu Alhamdulillah, menenangkan aku. Kat dalam hall aku tensen dengan budak cina sebelah aku yang kejap-kejap minum air dan flip kertas kuat-kuat. Masa tu kan bulan puasa. Tak respect aku langsung apek tu... Lepas tu aku pun pulunlah cukup-cukup. Keluar hall rasa legaaa...Tapi pastu tensen balik dan time Hari Raya aku tak beriya-iya sangat la sebab raya ketujuh ada exam paper Financial Management. Pegi beraya dengan family pun aku bawak nota kecik-kecik selit dalam handbeg. Tapi tak baca pun sebab aku lebih focus kepada dodol, ketupat, dan lemang kat umah yang aku ziarah. Ada member-member aku yang kebetulan memang paper jatuh raya pertama lagi kesian- datang exam siap pakai baju melayu bersamping. hahahha...

Dua bulan pas tu aku check exam result kat internet lepas solat Subuh. Siap pegang kertas A4 tutup kat skrin monitor dulu. Hmm, aku mmg banyak perangai pelik-pelik time belajar dulu. Konon-konon dengan menutup skrin monitor tu aku ada masa la nak tarik nafas dulu sebelum tengok result tu. Merapu je. Result ok, aku passed ketiga-tiga paper yang aku attempt. Dapatlah anugerah sikit. Meletuplah sekejap.

Tu la cerita masa first sem aku. Indah-indah je. Sambung cerita pasal sem lain dalam entry akan datang.

Sunday, November 30, 2008

TENTANG SEORANG GURU

Source : Berita Harian, 29 November 2004

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan.
Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972.
Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan.

Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi.
Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah membuat kajian mengenai kursus-kursus profesional terbaik, di samping berbincang dengan rakan sekerjanya. Akhirnya, Faridah mengambil keputusan melanjutkan pengajiannya dalam kursus profesional ACCA.

"Saya sedar ACCA adalah pilihan terbaik kerana ramai rakan sekerja yang mempunyai kelayakan ini kini memegang jawatan yang tinggi.

"Saya juga ingin menjadi salah seorang daripada profesional yang sentiasa berjaya walau di mana saya berada. ACCA adalah kelayakan profesional yang terkenal di serata dunia. Saya yakin dengan adanya ACCA, saya boleh terus maju dalam kerjaya saya" katanya.

Faridah kemudian mengambil keputusan berhenti kerja dan berpindah ke United Kingdom untuk mengikuti pengajian ACCA di sana. Walaupun tiada bantuan kewangan dan tiada pengalaman berada di negara orang, cabaran itu tidak melunturkan semangatnya.

"Dalam zaman 70-an, tidak ramai yang mempunyai peluang untuk belajar di luar negara. Oleh itu saya bertekad untuk mendapatkan kelayakan ACCA.

"Memang saya pergi ke UK dengan tangan kosong. Namun, saya mempunyai impian yang tinggi dan ingin kembali ke tanah air dengan kelulusan ACCA. Jadi, saya terpaksa berusaha gigih agar cita-cita tercapai," katanya.

Ketika di UK, Faridah bekerja sambilan di Arthur and Andersen, sebuah firma perakaunan terkenal di dunia ketika itu, sebagai pekerja sambilan. Pada masa sama, Faridah mendaftar diri dalam kursus profesional ACCA sepenuh masa.

"Saya terlalu yakin boleh lulus cemerlang dalam ACCA kerana peperiksaannya pada peringkat awal bagi saya - mudah. Namun, setelah lulus peringkat awal dan mara ke peringkat yang lebih , saya ketahui betapa susah sebenarnya untuk mendapatkan kelayakan ACCA ini," katanya.

Menurut Faridah, pada zaman 70-an tiada komputer ataupun internet. Beliau terpaksa belajar dengan tekun dan bergantung penuh kepada nota yang diberi pensyarah, buku teks dan buku tambahan dari perpustakaan.

Berkat azam tinggi, Faridah akhirnya berjaya dalam pengajian dan memiliki kelayakan profesional ACCA.

Faridah ditawarkan jawatan pensyarah di UiTM pada tahun 1980. Lapan tahun kemudian, beliau dinaikkan pangkat kepada pensyarah kanan, seterusnya, menerima jawatan profesor madya sehingga kini.

Kini Faridah menjadi aspirasi kepada pelajar ACCA dan perakaunan di UiTM. Ramai pelajarnya kini menjawat jawatan tinggi di pelbagai syarikat dalam pelbagai industri.

Untuk keterangan lanjut mengenai kelayakan profesional ACCA sila layari laman web www.accaglobal.com atau email kepada info@my.accaglobal.com

Saturday, November 29, 2008

NIGELLA SATIVA a.k.a HABBATUS SAUDA

Saya masih belum sembuh.

Dada masih terasa sesak. Batuk semakin keras. Dan kemuncaknya- kahak yang asalnya berwarna kuning pekat berubah menjadi kuning-kemerah jambuan. Tekak saya luka barangkali. Pijar rasanya.

Seorang jiran datang menjenguk. Bunyi batuk saya yang kuat tu rupanya sampai ke rumahnya. Makcik Y yang sangat budiman membawa bersama minyak Habbatus Sauda. "..minyak ni boleh lapangkan dada..", nasihatnya.

Saya minum sesudu, dan wajah arwah Ayah muncul di otak. Minyak ni salah satu supplement yang diamalkannya dulu.

Makcik Y mengurut-ngurut belakang badan saya. Terus saya teringatkan Mak yang berada di Mekah waktu ni.

Dua jam selepas tu, saya rasa loya, muntah-muntah (kebanyakannya kahak), dan lepas tu berasa lega. Batuk saya semakin berkurang. Alhamdulillah.

Friday, November 28, 2008

MANA SALBUTAMOL SAYA?

Kali terakhir saya mendapat serangannya pada tahun 2005. Final exam ACCA di UiTM Shah Alam. Sangat terkesan kerana telah mempengaruhi keputusan peperiksaan pada masa itu.



Kali ini serangan itu terasa lebih berbisa. Barangkali kerana sudah terlalu lama ia tidak menjengah, dan saya juga tidak pernah ingin menjemput malah.


Inflamasi pada dinding bronchiale telah menyebabkan penyempitan saluran nafas, lalu membawa kepada masalah sesak nafas. Dada terasa sangat sempit , dan pernafasan saya tak ubah seperti bunyi biola bergesek yang sumbang.


Saya ke klinik panel, diberikan MC dua hari oleh seorang doktor locum yang hensem.

Thursday, November 27, 2008

SALAM

Salam Perkenalan.

Kisah kecil tentang takdir yang sangat manis. Moga-moga ada manfaat bersama dalam kecilnya.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr