Monday, December 28, 2009

my so-called tips *wink*wink*

ermm... aku berat jari (ada ke term tu?)nak tulis entry ni sebenarnya. sebab aku rasa aku bukan student yang sempurna. tapi aku rasa tak salah kalau aku nak kongsi few things dengan readers yang minta aku tulis entry ni. untuk Fiza and Nur Shahida, ni spesel untuk awak berdua.. :-)

okay. ready? ngeh ngeh ngeh

sebagai student paper maut acca ni, kalau boleh,:-

1) jangan stress (sebab belajar atau sebab exam)
jangan, jangan, jangan! kalau rasa stress, tarik nafas dalam-dalam, fikir yang kalau failed pun bukan the end of the world. fikirkan tentang mangsa2 kebuluran di seluruh dunia, bencana alam, harga barang-barang yang makin hari makin mahal, sistem pengangkutan yang lemah, dan apa saje la yang seems to be bigger problem than 'stress tak faham apa yang kita study'. dunia ni luas skopnya dan ada banyak lagi masalah kat dunia ni yang lebih teruk dari masalah kita tu. chill la!

2) jangan cepat give-up
ni berkait la gak dengan jangan stress tadi tu. sebab orang yang stress biasanya akan membawak kepada give tu. kau kena percaya yang acca is totally effort + rezeki. jangan give up, jangan berkerat rotan berpatah arang, jangan merajuk, JANGAN PUTUS ASA!

3) jangan biarkan idup kita tak balance
please, balance yr life. buat la apa yang kita suka, yang kita minat. kalau suka main gitar, pegi la jamming kalau itu buat kau hepi. kalau kau hobi berjogging, pegi la, takyah risau pasal tak paham masa study dalam kelas tadi. kalau kau minat syampu rambut + urut2 kepala kat saloon, pegi je la, janji kau bahagia. prinsipnya- keje keras dan tiada bermainan akan menjadikan kau budak yang muram.

4) bersihkan hati selalu
yang ni aku rasa ramai yang tahu. tapi kalau kita menjiwai (pergh!) betul2 menda ni, memang ada kesannya. maafkan semua orang, doakan lecturer, bersihkan hati, insyaAllah, ilmu senang masuk. jangan stress pulak seban lecturer ajar laju sangat/tak paham langsung. buka hati dengan lapang. jangan prejudis, jangan fikir bukan-bukan, insyaAllah, ilmu dengan mudahnya akan masuk!

5) study secara sistematik.
kalau dah tetapkan satu hari kita nak study misal kata 3 jam (tanpa gangguan henpon/tivi/kawan), then disiplin dengan jadual tu. takyahla cakap nak study 6 jam sehari kalau in between tu ada layan-layan sms la, fesbuk la, blogging la, etc etc, so takkan bermakna la 6 jam tu.. discipline is a must. jangan tipu diri sendiri!

6) doa, doa, dan doa, dan doa, dan doa, dandoa, dan doa, serta doa.
doakan diri sendiri, kawan kita, lecturer kita, mak ayah kita, jiran-jiran kita, dan semua yang berkaitan. bila kita mendoakan yang baik-baik utk orang, insyaAllah, kita pun akan dapat benda yang baik..

7) kuat semangat
ni ada kaitan dengan jangan give up dan jangan stress. kuatkan hati, jangan nangis jangan depress, jangan rasa down. sebaliknya, kuatkan hati, usaha lagi, dan tawakkal saja kpd Allah.

okay la. tu je aku rasa.

Tuesday, December 22, 2009




mungkin sebab aku letih. atau mungkin hormone.








tried to called sarah,but she's with her parent, so tak sesuai la aku nak buat sesi dialog Cik Sri Siantan,







aku perlukan seseorang untuk mendengar tanpa prejudis.

Monday, December 21, 2009

penah ke beli kek secret recipe sampai dua bijik lepas tu jalan sorang-sorang sambil mengusung kek-kek tu sampai sakit bahu sampai ke parking lot?

kenapa. asyik. asyik. aku. je. jadi. tukang. beli. kek. untuk. ofis.

adakah. sebab. muka. aku. macam. kek?.

Sunday, December 20, 2009

once upon a time

hari ni aktiviti aku bawak Mak pegi kenughi. ke hulu ke hilir kami, tak sudah-sudah dari minggu lepas. sakit perut aku makan nasik minyak. last week sampai food poisoning. bulan ni memang berderet la kenughi kawin. naik letih badan drive. satu kat utara, satu kat selatan, satu kat timur, satu kat barat. karang kalau tiba masa aku kawin diorang ni tak datang umah aku, siap diorang!! ces sania, giler ke kau ugut-ugut macam ni, tak ikhlas langsung...

tapi ada satu umah yang kami pegi hari ni yang memang aku dah lama yearn nak pegi. Pulau Indah. kalau sapa yang lama duduk klang mesti tau Pulau Lumut dulu macam mana. Pulau Indah ni nama baru Pulau Lumut tu. masa aku darjah 4 kalau tak silap, Mak aku bagitahu yang dia kena transfer posting ke pulau tu. memula aku excited la, sebab dengar word pulau tu kan. maklumle, kanak-kanak ribena, asal dengar je 'pulau', dok imagine pantai-pantai, pelampung, mandi, main pasir, etc, etc, etc. tapi aku pelik naper Mak macam susah hati je. tapi aku assume maybe Mak macam tu sebab Ayah keje kat shah alam kot. lama jugak la Mak Ayah aku ni dalam proses berbincang/memikir pasal benda ni. aku wonder kenapa Mak tak excited macam aku? 'pulau' nihhhh.. nanti kan petang-petang kita buleh makan kacang rebus sambil main-main air kat tepi pantai.. best tuh...

tak lama lepas tu Mak bagitahu yang Mak appeal mintak posting kat tempat lain. kementerian allowed. tukar posting ke klinik kesihatan pelabuhan klang. tapi dengan SYARAT- kalau midwife kat klinik kesihatan (KK) pulau lumut tu bercuti je Mak aku kena datang sana ganti. Mak macam lega. kami tak jadi pindah rumah/sekolah. tapi aku frust. tak dapatla aku nak lepak-lepak tepi pantai petang-petang. huh. frust giler.

tibalah hari yang midwife KK Pulau Lumut tu ambik cuti. masa tu kira first time la kami nak ke sana. masa tu cuti sekolah. Mak bawak kami semua except Ayah la sebab Ayah kena keja. naik bot kat jeti pelabuhan klang. happy giler la time tu. akhirnya dapat jugak aku berehat mengambil udara segar di pulau...ish tak sabo rasa!

sampai je kat pulau tu, aku pun tengok keliling, erm ni bukan macam yang aku imagine nih... tempat tu kampung rupanya. takde pantai-pantai. takde orang pegang pelampung. takde orang sapu losyen berjemur. takde, semua takde. cuma ada orang kehulu kehilir bawak motor je. budak-budak kecik pun bawak motor. rasa macam balik kampung nenek except for umah nenek aku ada sawah. macam umah citer Nur Kasih tu. ni la akibatnya kalau tak tanya apa-apa kat Mak tapi syok sendiri je berangan ingatkan pulau lumut tu macam pulau peranginan..


so itula pengalaman pertama kali jejak kaki kat situ. kami duduk kat kuarters kesihatan. aku ingat lagi umah tu, ada dua bilik, pastu satu bilik air, ada tangki air besar kat depan umah dan belakang umah. and belakang umah tu penuh semak samun. umah tu pulak happened to be umah paling hujung. sebelah kiri tu nampak hutan tebal. lalang tinggi-tinggi pinggang. depan umah kami tu ada umah M.A. kat situ takde doktor, doktor datang sebulan sekali je kot. umah M.A tu nampak okay la, ye la sebab memang dia duduk situ. umah kami ni macam umah yang dah bertahun-tahun takde orang duduk. spooky....


ada sorang pakcik ni, tukang kebun kat situ, datang la kenal-kenal dengan kami. dia offer nak tolong potong lalang-lalang kat keliling umah tu sebab "...ular banyak ni...." katanya. thanks for the info, pakcik! saya memang suka ular. kakak aku cuba nak basuh tangan kat paip sinki, air tak keluar. kata pakcik tu lagi "...ni tangki ni dah sumbat la ni.. banyak serangga kat dalam tu. maklum la dah lama takde orang duduk.." tangki belakang tu source dari paip biasa tak silap aku. tangki depan tu source air hujan. masa kami sampai tu tengahari, rumah tu takde kipas/lampu. pakcik tu tolong pasang lampu mentol sebijik kat hall, sebijik lagi kat dapur. M.A depan umah bagi pinjam kipas duduk sebijik. aku dengan penuh konfiden pasang kapas sebab panas. tapi kipas tak pusing. belum sempat aku tanya pakcik tu jawab siap-siap soalan aku "..kat sini letrik ada start pukul 7 malam sampai pukul 7 pagi..". yeah. great. cool. awesome. ambik ko sania. nak sangat duduk pulau kan..

aku tak ingat sangat apa yang kami buat sepanjang 7 hari duduk situ, tapi that 7 days was very very very long.... masa tu aku budak kan. persekitaran aku tak macam kat pulau tu. aku dah biasa tengok tv siang malam, main basikal, main dengan kawan, etc. sekali kena duduk memerap kat kuarters tu dengan takde tv, takde letrik siang-siang, takde kawan, kebun/hutan keliling umah, ular, bunyi cengkerik dan segala macam binatang siang dan malam, kena gigit agas. masa tu la baru aku kenal agas tu. bisa betul,garu sampai melecet. ada sekali tu adik bongsu aku duduk kat tangga belakang umah tetiba nampak ular lidi tengah menyusur dalam longkang. menjerit Mak aku.


jiran sebelah umah tu ada anak lelaki macam sekolah menengah gitu la. kuarters tu kan papan, boleh dengar apa orang sebelah cakap. kira kalau gaduh laki bini mesti malu. ada satu malam tu aku dengar anak dia ni cakap "..kesian makcik sebelah ni. dah la bawak anak-anak, tapi lampu mentol oren tu je.. abang nak pasangkan lampu kalimantang la, tapi kena tarik letrik bla bla bla..". . bagus jugak anak dia ni. aku pun fikir at least kalau lampu kalimantang tu takde la seram sangat. ye la, budak-budak lagi kan masa tu, penakut yang amat. tang 'tarik letrik' tu aku tak pasti sangat la apa maksud dia. pastu tak lama lepas tu aku dengar bunyi macam orang panjat-panjat siling, macam ketuk-ketuk apa ntah, pastu tiba-tiba- TUP!! lampu mentol umah aku tu padam semuanya. adik bongsu aku menangis terkejut. pastu aku tak dengar apa-apa dah umah sebelah sebab adik aku menangis menjerit kuat.


esoknya makcik sebelah tu bagitahu mak aku, anak dia yang aku dengar nak tolong pasang lampu kalimantang tu dah tersalah sambung wayar ke apa ntah. aku cuma ingat ayat makcik tu "...yang hitam dia letak dengan merah, yang merah dia letak dengan hitam, terus meletup.." ler.. kalau tak tau jangan le mandai-mandai nak buat. tak pasal-pasal lampu umah aku terbakar semuanya. tapi takpe, pakcik tukang kebun yang baik tu tolong pasang semula. kali ni pakcik tu tanya aku- "..nanti kalau mak awak kena sambut orang bersalin malam-malam, kena la awak duduk umah adik beradik ye... tapi jangan takut la, takde apa-apa. kunci pintu elok-elok. babi hutan pun dah kurang sekarang.." terima kasih daun keladi pakcik sebab bagitau saya benda tu. jasamu dikenang..

bila dah bosan-bosan tahap cipan macam tu, ada sorang abang posmen ni kasi mak aku pinjam radio. boleh dengar malam-malam (letrik kan start pukul 7 malam). ada satu malam tu, aku macam susah sangat nak tido. Mak and adik beradik aku semua dah nyenyak. pastu radio tu, ntah frekuensi mana ntah, ada iklan pasal syaitan dan manusia la. kiranya syaitan tu telefon manusia and cuba nak sesatkan manusia tu la. aku ingat lagi dialognya-

"hello! sapa disana?"
"aku. syaitan"
"apa yang kau mau?"
"aku mau menyesatkan manusia, bla bla bla bla"


iklan tu actually somehow macam berunsur islamic la, tapi kalau dah malam-malam, dengan background music bunyi cengkerik and segala mak nenek serangga, memang meremang semacam je ko rasa. ndak-ndak lagi suara syaitan tu. macam hantu-hantu gitu la. penghujung iklan tu ada suara syaitan tu gelak macam pontianak tu. aku rasa nak nangis time tu. dan disebabkan frekuensi tu je yang radio tu dapat, tiap-tiap malam le aku tepaksa dengar iklan tu. benci betul.


hmm. tu le kenangan seminggu pertama kat pulau lumut. hari ni bila aku sampai sana semula, rasa tak pecaya tengok perubahan tempat tu. sekarang ni ada highway ke sana. takyah mabuk-mabuk laut naik bot lagi. jalan pun dah besar. dulu jalan simen tu je, yang kalau berselisih motor dengan motor pun salah sorang kena mengalah. masa tu susah nak nampak kereta. aku dan Mak saja lalu kat depan klinik, nampak kuarters kami duduk tu dulu dah dicat. tataula sapa yang duduk sekarang. nampak banyak sangat perubahan kat tempat tu.


okeh. aku nak sambung baca breaking dawn. muka surat 494.

Saturday, December 19, 2009

alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat, la la la la la la la

Lepas insiden curik-curik membaca Eclipse masa PC aku down kat ofis last thursday, yang lepas tu puan boss datang tegur, dan disebabkan malu aku terpaksa datang keje last weekend tu, aku dah berjaya abiskan keje within the deadline. fuhh, lega..



punyalah payah aku nak memujuk hati (ewah!!) untuk bangun awal pagi sabtu lepas. janji dengan akak ofis aku datang pukul 8. tapi aku end up sampai cheras pukul 8.45 though. akak tu datang dengan anak dia tiga orang. masa aku punch card, dengar pantry aku riuh-riuh, akak tu tengah hidangkan nasi lemak untuk anak-anak dia. langkah kanan aku bila akak tu ajak aku makan sama. nasi lemak sambal udang. sedap.



lepas makan tu baru la kami mula buat keje. actually mood aku tak berapa baik pagi tu. sebab patutnya petang jumaat sebelum tu puan boss kena buat something kat corporate system tu so that aku boleh buat keje aku pagi sabtu tu. aku dah remind boss aku jumaat tu. aku bagitahu yang kalau dia tak buat benda tu, then no point la aku nak datang weekend. kalau aku tak datang weekend, macam mana aku nak siapkan kes aku yang menimbun2 tu. deadline dah la 17hb. kang dia jugak yang datang meja aku macam hari tu (read: minggu depan aku nak bawak Breaking Dawn pegi ofis). tapi puan boss tu ntah macam mana boleh overlooked benda yang aku mintak tu, and sudahnya dia tepaksa ajar aku buat sendiri benda yang patutnya dia buat tu. so pagi sabtu tu instead of aku boleh terus mula buat kerja aku, aku terpaksa buat keje puan boss tu dulu. benda tu macam agak confuse jugakla, sebab aku tak biasa. dah kata tu keje boss. manalah kuli bawahan macam aku ni tau kan. kejap2 aku tepon puan boss. rasanya puan boss tengah sarapan sebab aku dengar bunyi dia mengunyah. aku pun kalau boleh taknak la kacau dia pagi-pagi kan, tapi tepaksa la. sapa suruh dia tak buat benda tu hari jumaat tu kan.




aku dengan akak tu buat keje dengan aman tanpa gangguan telefon atau orang nak jumpa aku. incoming call kat unit aku ni sibuknya macam kitorang ni ada buat peraduan yang offer hadiah RM1juta. mula-mula aku masuk keje sini dulu, aku rasa nak nangis. aku imagine camne la orang kat sini nak buat keje kalau telefon berdering2 tak putus-putus macam tu. dah la pekeliling perkhidmatan pulak mention pasal telefon tak boleh berdering lebih dari 3 kali, meleleh air mata meks.. so hari sabtu tu aku rasa aman damai je buat keje. tenang je. gangguan katalog pun takde. godaan penganyam ketupat pun takde. anak-anak akak tu main tolak-tolak troli fail sambil gelak-gelak. mesti PAR tempat aku mengamuk kang tengok troli hilang. sedar tak sedar dah pukul 6 petang. ngam-ngam keje aku settle around that. woohooo... alhamdulillah, berbaloi sangat. walaupun takde overtime, tapi rasa macam berbaloi duit minyak dengan tol dari klang ke cheras tu sebab keje tu settle finally. akak tu pun happy gak. dia lagi la, dengan tengah mengandung 6 bulan, usung anak 3 orang, siap kena masak sarapan pagi tu, syukur sangat2 keje dia pun siap. now sapa kata keje berkhidmat untuk negara ni relax-relax saja? aku tataula, mungkin ada certain jabatan yang tak teruk macam tempat aku ni. tapi bila aku tengok pengorbanan orang2 yang dah kawin, especially perempuan la, yang terpaksa datang weekend buat keje kat ofis, aku rasa kesian sangat. kalau orang dah kawin kan kat umah tu ada banyak sangat keje umah kena siapkan. tapi ni la pengorbanan kan? duit pembayar cukai tu tak disia-siakan. kita berkhidmat untuk negara ni walau gaji tak banyak, tapi kalau ikhlas, insyaAllah hasilnya dituai kat akhirat nanti..




break kejap. cuba teka sapa budak ni?






ni pasal aiman pulak.

aiman- my one and only nephew, dah genap 2 tahun bulan lepas. dia ni obses kat kereta. tapi kalau kau tengok abang ipar aku punya collection, memang ko tak heran la nape anak buah aku tu semacam je kalau tengok kereta. dia ni kalau time-time dia tido umah klang, petang-petang aku balik keje tu dia mesti sambut aku sambil jerit-jerit "anah atang! anah atang! dedai! dedai!" (read: makngah datang! makngah datang! kedai! kedai!). dia confuse dengan penggunaan word 'datang' tu sebab aku kan selalu datang umah dia kat shah alam. so bila dia yang datang umah aku pun dia kata makngah dia datang jugak. aku suka bawak dia pegi kedai. kat dalam kereta kitorang nyanyi lagu thomas n frens, atau chuggington. ikut suka dia la mana nak nyanyi. sampai kedai yang dia suka (99 speedmart. tu sebab makngah sayang dia, sebab kedai ni barang-barangnya murah), biasanya aku bagi dia pilih mainan yang dia nak. alah, kedai tu jual mainan yang range rm5 to the most pun rm30. tapi aku akan seduce dia beli yang paling murah la walaupun selalunya aiman tak dengar cakap aku and happily took his time to browse those. bila dia pegang yang harga rm25 tu, gedebak gedebuk gak jantung aku.hehhehe. bukan kedekut tau. tapi pada aku mainan kat kedai macam tu sampai rm25, baik aku belikan dia keretapi thomas original tu kat jusco. tapi aiman biasanya pilih yang 10 ringgit sampai 15 ringgit macam tu la. lepas tu dia main bersepah-sepah sampai tercabut tayar/pintu/lampu. tapi aku cherish moment tu. lagi 10 tahun, 20 tahun, bila aiman dah besar, harap-harap dia akan still ingat memori ni. makngah emo la pulak. hehehe.




dah boleh guess dah sapa budak tu?
hehehehe.







dia ni la-








sapa kat sini yang rela kena gigit dengan hantu yang lazat macam ni angkat tangan?



anyone? anyone?

Thursday, December 10, 2009

kepenatan yang melampau



lama betul aku biarkan blog ni bersawang.

bersawang. berhabuk. berdebu. sunyi sepi.

sejak bulan lepas aku balik dari ofis dengan perasaan macam taknak pegi keje balik esoknya. bercelaru ofis aku dengan timbunan kerja. boss pun sama bercelaru dengan arahan-arahan yang berubah-ubah dari masa ke masa. semua orang kat ofis aku buat keje anxious semacam, masa ni semua orang rasa sakit pinggang sebab tak berani nak bangun dari kerusi, fokus giler nak siapkan keje sebelum deadline. dah lama takde nampak pemandangan kawan2 aku yang rajin jual itu ini datang tempat aku mengusung katalog. tapi aku pulak yang rasa macam nak sangat tengok katalog time-time macam ni. so aku end-up dengan admiring pamplet year end sale Tupperware, aku mintak dari kakak yg duduk sebelah aku. ada set untuk freezer yang aku teringin sangat nak beli. boleh terbayang cili api, ikan bilis, halia,kunyit, lengkuas elok je tersusun dalam tupperware comel-comel macam tu. mesti organized je peti ais aku kalau beli tupperware macam tu. boleh jugak jadi bekas untuk letak coklat & gula-gula Aiman yang selalunya bersepah-sepah kat rak tepi bawah tempat telur kat peti ais. iklan jualan murah pasaraya Econsave pun aku baca gak. aku kutip kat mailbox umah aku bawak pegi ofis. ada jual spatula murah yang cantik. kalau free aku nak singgah beli.


aku rasa letih sangat. mata aku selalunya jadi kabur dalam 10 minit lepas sehari mengadap pc kat ofis. lepas tu mula la aku panik-panik-bengong takut camana nak drive balik sampai klang kalau mata aku gitu. aku rasa masa ni la kalau ada sesapa datang kat aku jual supplement aku akan gerenti beli. tapi aku dah ada 5 jenis supplement yang kononnya beli untuk tujuan mengurangkan keletihan tapi aku belum makan lagi pun. nak makan supplement pun aku tak sempat? gile busy aku nih..


hari ni aku reward diri aku dengan satu mug besar kopi susu yang lazat. kopi tu jenama 'Che' Nah',kiranya kopi yang fames kat Ipoh tu la. Kawan aku yang baik hati beli kat Ipoh selepas setahun lebih dia janji kat aku nak belikan. sistem korporat kat ofis aku running a bit slow hari ni. last-last tetiba komputer aku hang and tepaksa panggil penyelaras komputer betulkan apa yang patut. kebetulan ramai pulak yang pc bermasalah hari ni. tatau apa orang jabtan teknologi maklumat buat hari ni sampai semua sistem jadik semacam je. jadi sementara tunggu penyelaras datang, aku curik-curik baca Eclipse. tetiba ada orang cuit bahu aku. Puan Boss. tanya berapa banyak lagi kes aku perlu selesai sebelum 17hb ni. pastu tanya aku boleh datang ahad ke tak. aku kata boleh, walaupun aku tak sure lagi sebenarnya. kantoi, kantoi.


dah le letih, tak pasal-pasal kena datang ofis pulak weekend ni. baru ingat aku nak abiskan eclipse. boring betul.

Thursday, November 5, 2009

...a happy life ahead...










today is my birthday.




happy birthday to me.

Wednesday, September 16, 2009

kenapa awak buat saya macam bola?





letihnya hari ni. mengantuk jangan cakap la. aku tido kat meja opis time lunch break dan terjaga tepat-tepat pukul 2. nasib terjaga.

semalam ke mahkamah. pekerjaan aku ni memerlukan aku untuk tugas-tugas pendakwaan ke mahkamah sekali dalam tempoh 2 atau 3 bulan. so semalam aku pun pergilah mahkamah jalan duta. aku tak parking kat tempat lawyers sebab selalu ada jenis yang parking kat tempat yang tak sepatutnya parking sampai susah nak kuarkan keta. dah le ada anjing liar dok main-main kat area tu. aku ni penah digigit anjing masa darjah 6. Dengar bunyi anjing menyalak je dah menggigil badan aku. jadi aku parking kat visitor park. Kes aku pukul 2. sampai kat depan pintu court jam baru pukul 1.30. aku try tolak pintu, kot-kot diorang dah bukak ke. aku jenguk kepala dan nampak majistret pandang aku. belum stand down lagi rupanya. aku duduk luar dulu. sampai 1.50 baru aku masuk. aku kena ambik tarikh sebutan je, dengan interpreter je pun. tapi orang kat unit dakwaan opis aku tu bagi satu extra dokumen- mintak aku tolong serahkan sebab pegawai pendakwa yang pegi sebelum ni terlupa nak serah dokumen tu. sampai turn aku jumpa interpreter, bagi dialog biasa, interpreter bagi tarikh yang aku mintak, then aku pun serahla dokumen yang dikirim tu. interpreter tu jawab ".. ni kena serah kat bahagian penerimaan kat basement 1 ni..". aku pun angguk la. pura-pura macam dah terel dan dah biasa. aku pun turun le pi basement 1 macam yang diarahkan tu. sampai sana aku tengok kaunter kosong. jam dah pukul 2.30 ni. aku assume diorang tak abis solat lagi agaknya. aku duduk kat bangku. 15 minit lepas tu ada staf lelaki duduk kat kaunter. aku bagitahu yang aku nak serah dokumen. staf tu jawab ".. oh, ni kena pegi tingkat satu ni... pi carik staf nama Puan XX. serah kat dia..". Okay la. aku pegi la tingkat satu pulak. Aku nampak kaunter bayaran. Apehal pulak nak serah dokumen kat kaunter bayaran ni? Macam tak logik pulak. Aku carik Puan XX dan bila dah jumpa aku bagitahu la tujuan aku jumpa dia. Tau dia jawab apa? "..eh, ni bukan bagi kat sini. Ni kena bagi kat mahkamah..". Allahu Akbar...

Kalau korang penah masuk mahkamah jalan duta tu mesti tahu kan macam mana luasnya tempat tu. Memang la naik lif. Tapi mahkamah tu besar dan luas. Ibarat macam kita pegi midvalley tu kan. dari satu kedai ke satu kedai kan jauh. Dah la bulan puasa ni, dengan cuaca panas. Wing dekat court tu jenis macam balcony punya style. bila building dah tinggi macam tu, mana rasa angin. rasa hawa panas je. aku rasa nak marah pun ada. aku telefon unit dakwaan opis aku dan maklumkan kes aku. Encik YY yang jawab dan kata "awak balik je la.. nanti kita suruh penghantar saman serah dokumen tu". lega aku..

apala orang kat kaunter serahan tu.. aku rasa interpreter tu dah bagi arahan yang betul. memang kalau ikutkan kes yang tarikh sebutannya tak sama dengan hari yang aku datang tu dokumennya kena serah kat kaunter serahan. ke dia tu bukan staff kaunter serahan dan cuma tolong cover kaunter tu sekejap je? bengang betul aku. kena jalan ke kaunter2 berbeza tu kalau betul arahannya takpe. ni buat penat aku je.

kuar dari mahkamah tu, lalu pulak depan opis HQ. tingat pulak permohonan pertukaran yang tak lulus-lulus tu. tambah lagi bengang aku. terus aku decide nak guna nkve je. sebab nak cepat-cepat sampai umah. letih betul.

Thursday, September 3, 2009

puasa tu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga

Sedar tak sedar dah 13 hari kita puasa. Aku rasa macam baru je start puasa hari tu. Isnin depan ni dah nuzul Quran. Selangor cuti la. Aku yang duduk Selangor ni tapi merantau carik rezeki kat kolumpo kenala keje. Boring la. Mesti akak aku pegi shopping-shopping dengan Mak. Aku ni pegi keje. Boring.

Bulan ni surprisingly aku tak la letih macam yang aku expect. ceh, aku ni letih pun aku predict siap-siap. Alhamdulillah. Sebab bulan ni penuh dengan keberkatan kan. Aku rasa masa bulan april lagi aku letih giler. Cumanya 2-3 hari mula-mula puasa tu mengantuk jugakla tengahari. tido pukul 11, bangun 4.30. then 5.30 terus mandi, pukul 6 keluar rumah. Kat federal highway ada pulak mercedes bawak 80 je duduk lane kanan. memang mata aku macam digam-gam rasanya. sampai kat loke yew aku rasa nak bantal sangat-sangat. tapi alhamdulillah la, so far selamat la. hehehe. syukur..

bulan puasa kali ni kawan-kawan aku ramai yang tak boleh puasa sebab baru lepas bersalin. Mar, and Nora.. sian korang... nanti ganti sebulan la ye..

puasa ni bukan sekadar menahan hawa nafsu makan. bulan ni la kita seelok-eloknya rebut peluang-peluang yang banyak mendekatkan diri dengan Allah. Bulan ni aku cuba train diri aku supaya tak merungut untuk benda-benda yang remeh. ikhlaskan hati pegi kerja. cuba untuk pandang kebaikan orang saja. kurangkan rasa marah atau bengang bila t**pay*r nyakitkan hati aku. sentiasa berbaik sangka. pastu aku telefon bahagian pertukaran, tanya status permohonan tukar yang aku apply dari tahun lepas, nak tahu apa jawapannya? "..alasan awak tak kukuh. kalau awak kahwin, boleh buat alasan nak ikut suami..".

aku sabar saja. ni kan bulan ramadhan. bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

a song

Agnes Monica – Teruskanlah


Pernahkah kau bicara

Tapi tak di dengar

Tak di anggap

Sama sekali


Pernahkan kau tak salah

Tapi disalahkan

Tak di beri

Kesempatan


Reff :

Kuhidup dengan siapa

Ku tak tau kau siapa

Kau kekasihku tapi

Orang lain bagiku


Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau begitu


Kau tak butuh diriku

Aku patung bagimu

Cinta bukan

Kebutuhan mu


Back to reff.


Hoo.. Hooo


Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau.. kau begitu


Teruskan lah… teruskan lah..



Lirik lagu Agnes Monica – Teruskanlah ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Agnes Monica – Teruskanlah.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Salam penuh kemuliaan.


Azam Ramadhan yang suci pada tahun ini ialah:-



1) Elakkan dari terjebak dengan kumpulan penganyam ketupat di pejabat. Ataupun lebih teruk lagi menjadi salah seorang penganyam ketupat bila rasa topik yang diketupatkan tu sangat-sangat interesting. Elakkan, elakkan.




2) Belajar bangun sediakan makanan sahur untuk 20 hari (10 hari tu reserve la masa-masa kecederaan- uzur ke, overslept ke contohnya). Persediaan nih, persediaan.




3) Khatam al-Quran sepenuhnya sendiri.




4) Elakkan baazar ramadhan kerana tahun ni hanya akan berbuka dengan Mak je. Mak tak makan banyak. So jangan nak guna alasan taknak membazir makanan jadi melantak makanan-makanan baazar tu sesuka hati.




5) Pergi tarawih kat surau yang arwah Ayah suka sebab nanti dapat dengar suara pakcik Bawi, pakcik Fahmi, dan lain-lain pakcik yang boleh buat rasa macam arwah Ayah still ada. Also, bawa kereta. Sebab Mak dah sakit-sakit lutut.





Insya Allah. Moga Allah permudahkan.



Moga Allah juga permudahkan azam korang semua.


Selamat berpuasa.

Tuesday, June 9, 2009

i'm back!

Monday, May 25, 2009

aku tak lupa

aku tak lupa tarikh ni.



selamat hari jadi.




semoga anak yang bakal kau lahirkan nanti menjadi anak yang soleh.


aku tahu kau akan jadi ibu yang baik.

Sunday, May 24, 2009

sparkling wishes

HAPPY BIRTHDAY, BUDDY!


WISHING YOU ANOTHER YEAR OF GOOD HEALTH, HAPPINESS & PROSPERITY!

Wednesday, May 20, 2009

mari membuang toksin berlebihan

hari ni saya kembali ke kelas taekwando semula.

Sunday, May 17, 2009

selamat hari cekgu!

selamat hari guru-

untuk Cikgu Sarah Hatisha (and Cikgu Fahmy also).

untuk Prof Madya Faridah Ahmad

untuk Puan Azlene Azaham

untuk Cikgu Shasikala Sankaran


ni la cikgu-cikgu yang banyak support saya.

terima kasih tak terhingga!

Wednesday, May 13, 2009

kau dah lupa agaknya

kau ingat lagi tak?

ingat tak?

cuba la ingat betul-betul...

masa kau baru masuk sekolah kita. aku gelakkan kau. sebab payung kau tertangkup ke atas dek angin masa hujan. aku gelak. sebab lucu. padan muka, control ayu sangat, kan dah lencun. sapa boleh lupa gaya jalan mengalahkan model tu. dengan tak bertudung- hee, aku rasa aku takkan boleh masuk dengan cara kau.

kau ingat ke?


lepas tu, entah macam mana, kita boleh jadi kawan. aku ingat lagi kali pertama datang rumah kau. mak kau ajak makan tengahari. kita buat folio geografi sama-sama masa tu.


kau ingat?


kita jadi rapat. semua rahsia kita kongsi. bila aku sedih sebab Ayah marah aku, aku telefon kau. bila aku bengang Akak aku hilangkan magazine Galaxy aku pun aku cerita kat kau. kita selalu jalan-jalan pegi kedai, pegi taman, atau berpura-pura konon-konon 'ter'lalu kat depan umah budak lelaki comel tapi menggelabah yang minat kau.

kau ingat..?

bila hari jadi kawan-kawan yang lain, kita pegi kedai sama-sama beli hadiah. kita buat kad. kita share lawak bodoh masing-masing. kita bersembang benda-benda merapu. sampai hari ni aku takleh lupa kau cakap Sara minat kumpulan Spring. Ingat lagi masa kau photostate poster Hanson. kau gunting muka Taylor banyak-banyak pastu tampal kat kulit buku kosa kata. kau bagi aku gambar Zachary. tapi aku tak ingat kat mana aku tampal benda tu. lepas tu senyap-senyap aku dengan Sara tampal gambar Isaac kat buku Emma. Emma marah sebab Isaac tak hensem. pastu kita semua ketawa macam orang gila.

lucu kan joke tu masa tu. kau ingat tak?

masa SPM kita janji- nak buat yang terbaik. nak pilih universiti yang terbaik. nak belajar sama-sama. kita pegi tuisyen sama-sama. kita suka baca surat khabar bahagian politik, kolum yang topiknya heavy-heavy, kunun-kunun senang la nanti kalau kita nak masuk U. aku selalu cerita kat kau cita-cita aku. angan-angan aku. kau pun cerita benda yang sama.

kau ingat tak?

ingat tak masa kita ambik result SPM? aggregate kita sama kan? kita rasa nak menjerit. tapi kita kan kontrol cun. konon-konon matang la. kita plan nak belajar tempat yang sama. tapi takdir yang terlukis untuk kita berbeza-beza rupanya. Ayah tak kasi langsung aku isi borang UPU. Ayah belikan aku borang ITM. dan kau ke UM- tempat yang aku penah mimpi kita pegi sama-sama. aku menangis-nangis telefon kau sebab tak dapat belajar kat tempat yang aku nak dan terpaksa turutkan Ayah. tapi kau pandai pujuk.

kau masih ingat tak?

jarak kita dah jauh sebenarnya masa tu. kau masih rajin telefon aku hujung minggu. aku pun kadang-kadang datang lagi rumah kau. tapi cerita kita dah berbeza masa tu. lawak-lawak kita pun dah tak berapa kelakar sangat dah masa tu. tapi aku masih refer kau sebagai kawan baik aku. and macam biasa, semua masalah mesti cerita dekat kau.

kau ingat..?

kita dah mula bekerja. sektor pekerjaan kita berbeza. kita dah makin tak seronok bersembang. 'busy' ialah nama kedua aku masa tu. aku bekerja, struggle nak abiskan ACCA, hantar Ayah aku ulang-alik HKL untuk treatment kanser, persiapan Akak aku bertunang & kawin, etc etc. kita dah jarang-jarang bersembang. aku rasa macam kau takkan faham life dan masalah aku. kau pun mungkin rasa yang dah tak enjoy kawan dengan aku. tapi kita masih kongsi masalah sekali sekala.

entahlah kau ingat atau tak.

kau suruh aku apply keje kat XXXX. aku dapat keje tu. kita jadi rapat semula. sebab kita boleh email hari-hari. kita mula bercerita semula. kita mula kongsi-kongsi rahsia semula. kita mula berangan merapu meraban sama-sama semula. kadang-kadang kita jumpa weekend. kau selalu belanja aku makan. sebab gaji kau lagi banyak dari aku kan? hahahhaha. tapi best kan?

kau ingat?

aku tak datang majlis bertunang kau. Mak kau ingat kita bergaduh. aku tahu kau faham sangat-sangat kenapa aku tak datang kan? aku perlu masa nak recover dari kesedihan tu. kau ingat lagi kan sapa yang kawin masa tu? bodoh kan aku? tambah pulak lagi bila kau- kawan baik aku yang sangat-sangat aku perlukan untuk melayan kesengalan tahap gaban aku masa tu bertunang. jadi aku putuskan untuk tak datang. jahat kan aku?

mesti kau ingat tentang tu.

malam sebelum kau menikah, aku datang rumah kau. aku tolong iron cadar pengantin kau. kemaskan katil kau. aku ingat lagi bau bilik kau- wangi sangat. tapi kau kata bakal suami kau benci bau-bau macam tu. hahahhaha. aku tido kat bilik kau malam tu sebab aku takut nak balik sebab dah pukul 2 pagi. lagipun kereta aku parking kat sebelah sekolah tamil dekat ngan rumah kau. kau kata anak jiran kau pernah kena sampuk hantu india sebab main-main kat situ masa maghrib kan. aku takut.

kau ingat tak?

kau dah mengandung ya? kenapa lepas kandungan kau 6 bulan baru aku tahu? mungkin sebab kau sibuk. aku pun sama sibuk. kerja banyak dan memang life aku packed sangat-sangat semenjak berulang klang-cheras. dan bila text yang aku hantar tak berbalas, takde lagi panggilan telefon, etc etc, aku pun lama-lama sedar sendiri status kita sekarang.

aku ingat sangat-sangat tentang ni.

maafkan aku sebab banyak menyusahkan kau selama ni. aku rasa sangat blessed sebab ada kawan macam kau. aku tak pernah marah kau pasal kenalkan lelaki yang tak jujur dengan aku tu. mungkin kau rasa aku totally give-up lepas apa yang dia buat. tak. aku tak give-up. aku pun tahu apa yang aku cari dalam hidup aku.

kalau kau dah lupa semua-semua tadi tu, pun aku tak marah.

aku melatih diri sekarang ni. sabar kalau apa-apa yang berlaku pada aku. kuatkan semangat. tak semestinya semua masalah kena kongsi dengan orang lain. umur aku dah 2X tahun. aku kena belajar hidup sendiri secara lebih matang.

aku hilang bahu untuk menangis pada hari Ayah nikahkan Akak aku dengan abang Wan. tapi kau masih ada untuk aku waktu tu.

dan masa aku cium pipi Ayah buat kali terakhir sebelum dibalut kain kafan, aku sedar, yang aku hilang sebelah lagi bahu untuk menangis. tapi kau tetap masih ada untuk aku masa tu.


dan hari ni,



aku baru jelas sepenuhnya,



...yang aku hilang lagi bahu semacam itu.





dan aku berusaha keras untuk melepaskannya.

Sunday, May 3, 2009

L . E . G . A

Alhamdulillah.

Abis dah bulan April. Memang sesuai sangatla hari pekerja jatuh hari Jumaat. Aku rasa susah sangat nak bangun Subuh pagi Jumaat 1 Mei tu. Tersangatlah letih dan tekak aku macam berdenyut rasanya. Tonsil ke apa ntah. Pastu bersin tak berenti. Dahi aku panas. hmm, elok la tuh. Time bulan Mac dengan April tu takde pulak ko datang jenguk aku ye encik Demam...Time aku nak bergumbira ni la ko menyebok datang.

Kesudahannya aku memerap je dari hari Jumaat. Telan panadol pastu bergulung dalam selimut. Aku dengar sayup-sayup suara Mak, ajak pegi One Utama. Pastu ada suara-suara latar yang tak berapa nak merdu- ntah suara akak aku ke adik aku ajak pegi SACC Mall dengan Jalan TAR. Tak sensitif langsung... tak nampak ke betapa kecewanya aku terpaksa layan lalok Paracetamol dengan Actified..

Memang aku letih sangat minggu terakhir bulan April hari tu. Kau bayangkan kalau kau terpaksa cakap benda yang sama berulang-ulang kali, dan dalam masa yang sama kena tahan bermacam-macam karenah manusia. Aku rasa macam aku cikgu kelas khas yang dah nearly give-up.

Imagine kau diarahkan mengajar orang buat cengkodok bilis****.

Mula-mula sorang datang tanya kau.
"Cik, camana nak buat cengkodok?"

Ok, kau pun bersemangat nak mengajar.

"Mula-mula encik satukan tepung dengan bawang,ikan bilis, garam, telur, dan daun bawang hiris. lepas tu encik bancuh dan kaup perlahan-lahan tepung tu dengan air suam. Lepas tu encik goreng. Kemuadian bolehlah dihidang dengan cili sos ye encik"

Lepas tu datang lagi sorang.
"kak, camana nak buat cengkodok bilis nih?"

Kau masih bersemangat. Kau pun ajar benda yang sama.

Datang lagi.
"Puan, saya nak buat cengkodok pisang dan cengkodok labu. Ajar boleh?"

Kau kena ajar jugak. Walaupun kau cuma pandai buat cengkodok bilis je. Nanti dia buat aduan kat boss kau ke, hantar warkah kepada PM ke, naya kau. Jadi kau pun pegila rujuk kat senior2 kau cara membuat cengkodok pisang dan labu.

Datang satu lagi.
"kak, saya tak tahu la apa saya kena buat. ni saya kena datang sini ni sebab nak buat roti canai ke kak?"

kau dah mula geram. tapi kau kena senyum. kau kena ramah. kau tak boleh marah.

Kemudian datang lagi.
"Puan, saya heran la. kenapa saya masih perlu buat cengkodok sendiri lagi tahun ni? Pejabat puan ni takde keje lain ke? Asyik nak paksa orang bancuh cengkodok sendiri. Puan tak boleh ke bancuhkan untuk kitorang. Makan gaji buta ke apa? pok pek pok pek.."

kau dah hot. sebab niat kau baik, kau nak mengajar orang. tapi bila orang datang tengking-tengking kau, kau jadi tensen. tapi kau kena control. senyum, senyum. sebab ni tanggungjawab kau.

Lepas tu datang lagi.
"cik, saya ni cermin mata tak bawak. tolongla bancuhkan cengkodok saya. takpe, nanti saya mengaku kat orang saya yang bancuh sendiri. jangan risaula, saya tak bocor rahsia. hehehe."

Kau tarik nafas dalam-dalam. Kau istighfar panjang.


Dan benda ni bukan berlangsung cuma sehari. Bukan seminggu. Tapi dua bulan. Ye, sejak bulan Mac macam tu la aku. Tapi ni dah jadi tanggungjawab aku. Suka atau tak, aku perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberi. Cuma kadang-kadang bila aku dah tertekan sangat, aku tend to reward diri aku dengan benda-benda yang aku cuba avoid. Contoh paling utama- kopi. Aku sedaya-upaya avoid minuman ni. Sebab masa ACCA dulu aku dah overdose minuman ni. Tapi sejak Mac, aku minum kopi ais waktu lunch. And Kopi O Keras untuk minum petang. Bahagia rasanya idup.

Dan sepanjang bulan April memori aku macam recall balik semua benda-benda yang best-best, dan kelakar, yang kadang-kadang tak penting sangat nak diingat. And because of work pressure, aku rasa rindu sangat nak buat benda-benda mengarut yang boleh menceriakan hati. Contoh- tengok drama tamil tv2 Nee Naan Kathal dengan Maryatie sambil makan keropok mamee monster masa kursus tahun 2008. Atau mengumpat anak tudung/serkup WS dengan Mar jugak. Ataupun kantoi dengan WS sebab kitorang mengumpat dia kat tangga yang mana kitorang tak sedar time tu WS ada kat belakang. hahahahahahha...

Anyway, lega sangat-sangat.. at least selesai dah semuanya dan finally aku dapat rehatkan fikiran aku sekarang.

tahun depan jumpa lagi Mac dengan April.

Saturday, April 25, 2009

rindu

Aku rindu.

Satu, kat arwah Ayah.

Dua, kat arwah Ayah.

Tiga, kat zaman-zaman masa semua adik beradik aku sekolah rendah, especially zaman masa arwah adik aku yang meninggal waktu umur dia 10 tahun sebab kena gilis tayar bas kilang still ada. Zaman aku curik-curik main make-up dengan handbeg Mak dengan kakak aku. Zaman arwah Ayah ajar aku mengaji sementara nak tunggu Isyak.

Empat, kat zaman akak aku bujang. Aku keluar shopping dengan dia. Pinjam-pinjam make-up & perfume dia. Sembang-sembang pasal laki2 yang nak usha dia kat dalam bilik sebelum tido (laku sangatla kunun...).

Lima, kawan baik aku masa sekolah menengah. Sarah, Nadia, Huda, Cha (Emma aku tak rindu sebab baru lepas tengok He's Not That Into You dengan dia last week).

Enam, bulan-bulan dalam kalendar selain daripada bulan Mac dan April. Aku rindukan Januari, Julai, November, Disember. Apa-apa je la asalkan bukan dua bulan ni. Aku letih dan rasa nak marah-marah je datang ofis.

cepatlah 1 Mei... cepatlah...

Tuesday, March 24, 2009

t . e . n . s . e . n




aku tak suka sangat-sangat pertengahan bulan mac sampai hujung april.

sebab dua-dua bulan ni lah keja aku menimbun, menggunung, yang mana aku tepaksa ketepikan sekejap cuti rehat hatta MC sekalipun, dan bulan-bulan ni jugak la yang buat aku jadi garang macam cikgu sekolah rendah darjah dua yang berdedikasi tapi murid-muridnya degil dan langsung tak makan ajar.

tambah menekan bila ada peraturan baru kat tempat kerja. yang paling aku tak suka sebab aku tak boleh makan sarapan kat meja aku lagi sebelum start buat keje. bukan aku sombong taknak makan kat pantry. tapi aku takde mood pagi-pagi nak join orang lain sembang itu ini. lagipun pantry tu pagi-pagi penuh dengan orang. aku ni kan drive dari klang pukul 6 suku. kadang-kadang aku letih, atau aku mengantuk sebab tak cukup tido. tapi tadi aku makan jugak roti sapu peanut butter anggur tu kat meja aku sebab aku sampai pejabat dekat 7.30. lantakla, bukan aku makan nasik beriani udang ke haper kan.


tapi kan ada few kawan baik aku yang dah lama tak dengar kabo tetiba je contact aku time-time kepala aku berasap melayan orang-orang macam-macam perangai yang datang pejabat aku ari nih-
CM- kawan baik masa ACCA dulu, yang sama-sama drive sampai Asia Jaya naik LRT nak pegi kelas malam dulu. aku rindu giler dia nih. tapi ada ke dia tepon sebab nak tanya aku pasal FAR and macam mana nak record fully depreciated asset. silap orang la beb. aku ni dah ignore menda-menda tu dekat dua tahun dah..
HK- kawan baik masa sekolah rendah dulu yang mintak alamat umah. biasalah nih, kes surat saman..aku je yang belum menyaman orang lagi.
MS- kawan baik masa diploma dulu, tanya camana jalan nak pegi SPCA. tapi aku pegi beriya-iya citer kat dia pasal anjing-anjing yang berkeliaran kat dalam SPCA tu. aku fobia anjing sebab masa darjah empat aku penah kena gigit anjing masa naik basikal balik sekolah agama.
R- kawan baik satu tempat keje yang tanya pasal tax on asset disposal and something about cukai ke atas remittance dari oversea. dia ni call mintak those info masa ada dua call-in lain untuk aku masuk kat meja orang lain. kompius aku masa tu.


esok keje lagi...
tensen lagi...


p/s: art_slave, mintak ampun, please tunggu next entry yea! tengah mood bengang ni, hehehe...

Wednesday, March 18, 2009

in the midst of ke-entah-apa-apa-an

minggu ni pejabat aku sesak dengan orang ramai. maka fail yang aku terima pun menimbun-nimbun. aku dah terfikir nak cuba susun nak tengok tinggi mana. mana tau kot-kot boleh tinggi sama dengan pintu. makin hari makin tinggi je aku tengok. bahaya jugak tau kalau kita duduk dikelilingi fail menimbun. silap-silap fail hempap kita, naya je. aku patut mencarum insuran yang boleh bagi aku perlindungan to the max. call masuk pun bertalu-talu. semuanya nak kes diselesaikan dalam kadar segera. lama-lama aku naik meluat dengan perkataan 'segera' tu.

dan dari minggu lepas aku memang letih, sebab berulang cheras-klang-shah alam. maid akak aku balik Medan, jadi aku dan Mak dipaksarela oleh Kak aku supaya tidur shah alam sebab nak tolong-tolong jaga Aiman. tapi petang-petang lepas balik keja aku kena balik klang gak jenguk rumah dan feed kucing-kucing Mak. kucing-kucing Mak ni macam-macam perangainya- ada yang makan whiskas dalam tin saja (ni yang paling mengada , aku memang tak suka bau whiskas dalam tin tu- busuk), ada yang makan cat food cap tesco dan saja (ni yang aku paling sayang, kerana makanan cap tesco adalah murah), dan ada yang makan nasik gaul dengan ikan (ni yang buat akak kafe tempat keja aku pandang aku dengan muka kesian sebab tiap-tiap petang aku beli nasik bungkus dengan lauk ikan goreng je. mesti dia ingat tu makan malam aku). letih memang letih... ye la aku drive sampai klang pastu nak drive lagi pegi shah alam, petang-petang di kala traffic congested tu. tapi mengenangkan aku dah penah langgar mendiang Miut, maka aku pun sedaya upaya mengikhlaskan hati untuk membantu kucing-kucing miang Mak yang kelaparan tu.

so bila semua dah bercampur aduk, aku jadi penat, jadi stress, dan cepat marah.




fed-up

Wednesday, March 11, 2009

BELANJAWAN MINI 2009

Tugas saya malam ini ialah:-

Membaca dan memahamkan perkara diatas.

Si Putih telah cuba mensabotaj dengan mencakar-cakar dan menggigit-gigit nota tentang budget mini yang saya letak atas coffee table. Oh ye, saya lupa nak cerita. Si Putih ialah anak kucing berusia sekitar 3-4 bulan yang saya kutip dari R&R Awan Kecil hari selasa minggu lepas. Beliau sangat lembik, terhoyong hayang, busuk,dan hodoh, sambil dihalau-halau oleh kakak penjual kacang rebus kerana percubaannya untuk memanjat trolley kacang. Saya yang sangat lesu petang itu telah membuat lawak separa bodoh dengan cuba mengeluarkan duit di ATM R&R Awan Kecil dengan menggunakan kad kredit. Sebaik saja saya mendengar suara si Putih busuk yang nyaring, barulah saya sedar tentang lawak separa bodoh yang sedang saya lakukan itu, lantas dengan segera mengeluarkan kad ATM yang sebenar sambil kontrol malu depan kakak bermuka penat yang beratur di belakang saya. Saya cekup si Putih busuk dan letak di seat penumpang hadapan. Si Putih tak duduk diam. Beliau cuba menggigit-gigit gear kereta dan melompat terkinja-kinja. Saya memarahi beliau, dan beliau akhirnya akur serta terus mengunci mulut sepanjang perjalanan kembali ke Klang. Beliau memang kucing yang baik.

Malasnya nak baca mini budget ni..

Malas...

Malaszzzz.......



P/S : Si Putih sekarang sudah comel, dan monggel. Beliau berbulu putih bersih dan bermata biru rupanya. Tidak sia-sia saya mengutipnya. Gambar dibawah ni bukan gambar si Putih. saya upload dari jentayus.com. Tapi si Putih saya serupa macam dia ni.

Tuesday, March 10, 2009

tentang mata yang membengkak dan malu

petang ni highway KESAS jammed lepas R&R awan besar. tensi betul. giler panjang barisan. mula aku ingat ada banjir ke apa. sebab kalau hujan lebat atau ada masalah paip pecah ke apa mesti kat barisan kiri area tunai tu bertakung air. tapi tak logik pulak sebab masa aku keluar ofis pukul 6 petang tadi cuma gerimis sikit-sikit je. tengok-tengok kat tol takde apa-apa pun, lancar je, tapi benda tu berjaya la membuatkan aku sampai umah maghrib.

masa dah masuk klang and on the way jalan ke rumah aku, kat radio tengah main lagu siti nurhaliza. aku tatau lagu apa, sebab aku bukan kipas-kuat-mati tok T. tapi mendayu-dayu betul suara dia. aku rasa lagu tu ada kena mengena dengan Palestin ke apa la, sebab liriknya macam ada sebut pasal benda-benda macam tu. dek kerana mendayu-dayunya suara tok T tu, tiba-tiba aku teringat arwah Ayah.

tetiba je aku teringat masa aku darjah satu. ustazah suruh salin nota kat papan hitam. ustazah tulis huruf jawi lepas tu dia tulis cara nak sambungkan huruf-huruf tu. aku salin semuanya elok-elok. tetiba kawan sebelah aku kata "padamlah! sapa suruh kau salin! ustazah marah la!". aku pun merasa sangat cuak lantas dengan konfidennya memadam semua yang aku salin tu. elok je aku padam, ustazah datang check buku semua orang dah salin ke belum. kantoi la aku. ustazah marah aku. aku bagitahu ustazah pasal budak sebelah aku. boleh budak tu tak mengaku! pastu ustazah suruh aku buat benda tu as homework. balik sekolah petang tu Ayah jemput aku naik kereta. dalam kereta aku menangis sambil cerita kat Ayah. aku bukak buku tunjuk kesan-kesan tulisan pensel yang aku dah padam kat buku aku as a bukti yang aku dah buat pastu budak jahat yg duduk sebelah aku tu suruh padam. Ayah pujuk aku, "..takpe... takpe... kawan tu bukan sengaja... nanti Ayah tunjuk kat rumah..". sampai kat rumah aku terus duduk suruh Ayah ajarkan. Ayah ajar and even made it better sebab tulisan Ayah lagi cantik dari ustazah. sebab Ayah dulu penah belajar kat Mekah. aku ingat lagi esoknya ustazah puji sebab sambungan huruf tu ala-ala khat thuluth. aku tak kawan lagi dah dengan budak sebelah aku tu. aku ingat lagi budak tu- pendek je (ke sebab masa darjah satu aku tinggi, jadi aku nampak budak lain semuanya pendek).

lepas tu aku menangis yea. sampai bengkak mata.

sampai rumah aku melencong dulu pegi kedai pet. sebab aku malu nak bagi Mak tengok mata aku bengkak.

Ayah meninggal tahun 2007 tapi sampai sekarang aku still terasa sedih. kadang-kadang menitik air mata on the way pegi kerja, atau time aku dapat berita gembira. on the way pegi kerja tu sebab Ayah aku dulu follow up penyakit kanser dia kat hospital ampang, so lalu kesas la. sebab tu bila lalu kesas pegi keja tu memang sayu sangat rasanya. aku ada kawan yang hilang ayah masa umurnya 14 tahun. aku terbayang kalau aku jadi dia, ntah macam mana la aku agaknya. Ayah meninggal time aku dah keje ni pun terasa sangat kehilangan.

sebab tu aku paling tak suka kalau ada orang kata dia malas nak sembang dengan bapak dia, dah lama tak telefon bapak, tak berapa masuk sangat dengan bapak, etc etc. sebab bapa kita ialah bapa kita. baik buruknya luar dalam kita kena terima. sampai takde bapak nanti barulah faham betapa pentingnya seorang Ayah dalam hidup kita.

alFatihah.

Monday, March 9, 2009

hati kering

korang penah kenal dengan sesapa yang berhati kering?

hati kering pada aku ialah orang yang tak peduli kalau orang lain terasa hati so long as dia rasa apa yang dia buat tu betul. yang tak penah terfikir orang lain akan berkecil hati. jenis yang suka cakap "lantaklah!", "mampuslah!", dan yang seangkatan dengannya. type yang langsung tak tercuit hatinya kalau-kalau orang lain akan sedih dengan apa yang dituturkannya. penah jumpa?

aku ada kenal seseorang yang berperangai mcm tu.

kadang-kadang aku biar je, aku perati je perangai dia. yang paling aku tak suka bila dia macam nak mengutuk orang lain dengan aku, aku selalunya akan senyum, buat-buat gelak (walaupun tak kelakar), dengan harapan dia tak teruskan aktiviti dia tu. tapi dia kata aku bukan good listener. buat apa nak jadi good listener pada umpat caci dan sumpah seranah kan? okaylah, aku pun bukanlah baik sangat sampai tak pernah langsung mengutuk orang. kalau ada orang yang perangainya menyakitkan hati dan buat something kat aku, memangla aku pun akan kutuk orang tu. tapi katalah orang tu curik kuih karipap kita, kita pun akan kutuk contoh "benci betul la, kenapa dia ambik karipap aku? aku ni dah la lapar...", dan bukannya "memang dasar orang tak tahu malu, aku haramkan karipap aku yang dia makan tu. dah tahu kau tu miskin kenapa kau selamba je nak ambik karipap orang. bodoh, bangang, etc etc". got it? tu sebab aku malas nak layan apa dia cakap. sebab pada aku terlalu harsh. dan kalau aku jadi orang yang dia kutuk tu mesti aku sedih. dia ni kalau nak mengutuk orang main cakap lepas je, langsung tak terfikir kalau-kalau orang tu nanti terasa hati ke apa ke. jenis yang kalau dia dah tak suka tu, terus je dia bebel atau perli-perli atau cakap terus kelemahan/keburukan orang tu.


nauzubillah.


tapi satu benda yang kelakar kan, lepas dia mengutuk-ngutuk orang dengan muka penuh ekspresi, mesti ada something happened kat dia. contoh dia tersadung kaki meja lepas dia kutuk someone dekat aku. pastu ada lagilah beberapa insiden yang macam kebetulan happened lepas dia mengutuk/merendah-rendahkan orang. macam balasan spontan gitu la. tapi dia tetap dengan hati kering dia. silap-silap haribulan dia akan maki balik je.

kadang-kdang ada hari yang aku boleh buat donno je. tapi biasalah,manusia biasa, kadang-kadang aku naik angin juga. sebab disamping hobi suka mencari kesalahan orang tu, dia jugak suka memuji diri dan memberi nasihat atau ceramah secara percuma kepada orang lain. yang kelakarnya, katalah dia mengutuk ada sorang minah ni, aku diam jer, malas nak layan dia, tapi kang bila aku ada komen sikit pasal minah yang sama tadi, huii, dia akan menasihat aku macam-macam. macam dia yang baik sangat dan aku yang jahat sangat. orang macam ni pun ada ka??

dan satu lagi yang aku rasa extra kelakar ialah, dia ni kalau mengena orang dengan laser-laser berbisa dia tu, selamba je. tapi kalau tiba orang lain gurau-gurau melaser dia, huii, dia smash balik giler-giler orang tu dan dia akan citer kat aku pas tu betapa teruknya orang yang melaser dia tu. haii..kalau dia buat tu, hati dia punyalah kering langsung tak fikir apa yang orang lain akan rasa.

ni lah kisah si hati kering ni.


sesak nafas aku.



CPR CPR CPR


Sunday, March 8, 2009

makanan apa yang buat kita teringat pada seseorang?








aku teringat kat arwah ayah.

Al Fatihah.

Saturday, March 7, 2009

clueless



sekali sekala aku akan terfikir betul ke apa yang aku buat sekarang?

i mean betul ke aku suka dengan current job aku? ada bright future ke kat situ? apa akan jadi dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?

aku tak pernah terfikir nak kerja kat tempat sekarang. dulu aku lah yang paling lantang cakap yang aku taknak keja line macam ni. sebab aku rasa ada banyak lagi peluang dan tempat menarik yang aku boleh venture. tapi life ni whatever will be,will be kan? dan akhirnya aku terjebak, temuduga, diterima, dan melapor diri di tempat sekarang ni.

dulu aku fikir takpe la, sementara nak tunggu qualified, tempat ni sangat baik untuk aku. kadang-kadang aku rasa nyesal sebab terlalu awal give up dulu. bila dah lama kat tempat ni, hati pun rasa berat nak tinggalkan. kalau ditakdirkan aku masih stay di company lama mesti aku tak teragak-agak nak cari kerja baru kat tempat yang aku dah lama aim.

aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima dari sini. rezeki yang aku percaya Allah dah lorongkan untuk aku. cuma dua tahun berulang alik ke tempat kerja dengan jarak yang jauh, dan office politic buat aku kadang-kadang terfikir sampai bila aku nak terus kerja kat sini? gaji bersih lepas tolak belanja perjalanan dan lain-lain tanggungan tinggal berapa? berapa umur aku sekarang? berapa lama aku nak terus bergaul dengan orang-orang bermentaliti pesimis yang langsung aku tak boleh percaya ni? sampai bila aku nak terus menjadi sahabat kepada orang-orang di sekitar aku yang kejenya asyik nak mengumpat orang tu, mengumpat orang ni, pastu mengata pasal aku pulak dengan orang yang diumpatnya tadi? sampai bila aku nak peram ACCA aku tu? sampai berulat?

kau tahu apa masalah sebenar aku?



aku takut.



aku penakut.



kau cakaplah apa saja. aku terima. sebab aku tahu fikiran aku ni sangat tak berasas.


apa yang aku takutkan ialah kalau-kalau aku salah buat keputusan. aku takut kalau tindakan yang bakal aku ambik ni tak betul.


truth is aku rasa dah tiba masanya aku tukar kerja. aku tak pasti aku akan dapat apa yang aku hajatkan kalau aku terus berada disini. dengan workload dan environment kerja yang makin hari makin menyesakkan dada aku, aku rasa aku perlu buka semula option untuk tukar kerja.

kalau kau pernah atau sedang bekerja di environment yang mana semua orang sibuk ambil tahu hal orang lain, sibuk mencarik cacat cela orang, sibuk menyiasat kelemahan-kelemahan orang, berhati kering, dan merasakan dirinya saja betul-orang lain semuanya bodoh dan salah, maka kau akan faham apa yang aku rasakan.

aku berdoa, semoga Allah berikan aku petunjuk dan hidayah untuk buat keputusan besar ni. dan aku nekad untuk tidak malas-malas memikirkan tentang ini lagi.

Wednesday, March 4, 2009

Huruf 'B' Untuk Apa?

B stands for?

Bahagia.

Bahagia.

Bahagia.

Aku betul-betul bahagia dengan berita tentang sesuatu yang bermula dari huruf B pagi ini.

Cheers.

Monday, March 2, 2009

cara mengorat yang kurang menjadi

Saja aku nak cerita pasal ni dalam entry kali ni. Korang mesti ada pengalaman masing-masing dingorat kan? Ndak ndak lagi jenis yang cun dan hot tu, lagi la banyak pengalamannya kan?

Kat sini aku list-out kan style mengorat yang kadang-kadang buat perempuan yang awalnya berminat terus rasa kurengg. Well, at least to me la... Bukan semua perempuan ada pandangan yang sama still.. Sebab tu aku bagi tajuk entry 'cara-cara mengorat yang kurang menjadi', bukannya 'cara-cara mengorat yang paling dibenci' terus! Kalau ada yang tersinggung tu, no offense yea. Lagi pun benda ni came out dari sembang-sembang kosong dengan beberapa kawan kat kedai mamak baru-baru ni tentang pengalaman masing-masing kena tackle.

1) Pura-pura sopan/skema.

- jenis yang cakap lembut sangat, sopan sangat, lembut gigi dari lidah, padahal dengan kawan-kawannya jenis yang gelak berdekah-dekah dan bercakap pun jenis suara lantang tu. Kalau nak mengorat memang la kena cakap baik-baik, tapi tak payah la terlalu sangat berusaha untuk menunjukkan kesopanan dan kesusilaan tahap-tahap dewa tapi kat belakang kita macam langit dengan bumi. Aku rasa kalau lelaki tu bersederhana and menjadi dirinya sendiri is much much much better. Bukanla maksudnya dia kena gelak berdekah dekah atau cakap kuat-kuat kat perempuan tu gak. Aku rasa seseorang tu patut tahu limits masing-masing kan? Ada perkara yang sesuai dibuat hanya dengan kawan-kawan lelaki sahaja, dan ada cara yang lebih manis bila berdepan dengan perempuan yang diminati. Sebab tu key word at sini ialah 'sederhana'.Tak payah la kalau bersopan santun kat perempuan tertentu, tapi kurang hajar dengan the rest!


2) Pura-pura tak berlagak tapi sebenarnya nak berlagak.

- contoh, "..handset orang ni biasa je.. cuma sound dia memang best sikit la, sebab hari tu ayah orang ada upgradekan sikit, kat kedai buat dalam 700 ringgit je, then orang terima je la. orang tak mintak pun. tapi ayah orang yang insist nak buatkan..". ayat tu aku penah dengar dari seorang lelaki masa tahun 2000 dulu. zaman-zaman handphone nokia 3210 ialah handphone yang paling hebat. so bayangkan kalau kau upgrade sound untuk handphone kau je sampai cecah 700 ringgit tu bukan ke kira pakcik kayo? tapi pura-pura konon macam takde apa-apa yang hebat.

3) Menyamakan muka perempuan tu dengan muka seseorang yang dia kenal.

- aku paling tak berkenan kaedah ni. fikirla mana logiknya kalau lelaki tu kata muka perempuan tu serupa macam seseorang yang berkait dalam hidup dia hence lelaki tu nak kawan dengan perempuan tu. lelaki tu kenala suka perempuan tu sebab perempuan tu sendiri, bukannya sebab dia serupa macam muka ex firlfriend dia ke, muka kakak dia ke, muka arwah kucing dia ke, etc etc. kadang tu ntah ye ntah tak tang serupa tu. Lebih kepada nak jadikan bahan nak mengorat je selalunya.

4) Bagitahu semua benda-benda baik yang dia buat.

- memangla bila kita belum duduk serumah, manalah kita tahu apa aktiviti seseorang tu kan. kadang seorang perempuan tu mungkin akan terfikir- jenis yang solat ke tak solat mamat ni? tapi jangan risaula, amalan-amalan wajib ni kalau kita tak tinggalkan, InsyaAllah orang lain dengan sendirinya akan tahu jugak. tak payahla sampai cenggini- contoh bila kita tanya dia tengah buat apa, dia jawab- "..saya baru lepas solat maghrib dan baca yassin. sekarang tengah nak tunggu azan isyak ni.." Mungkin betul apa dia cakap. Tapi pada aku ada caranya nak sampaikan semua tu. Ada setengah orang akan jawab ringkas- "tunggu isyak". atau mungkin "takde buat apa-apa", sebab tak nak menunjuk-nunjuk urusannya dengan Allah. atau yang lebih bagus, tak perlu jawab. sebab bukan ke dia baru lepas baca yassin dan nak tunggu waktu isyak masuk? duduk diam-diam lagi elok. tak pun tengok berita kat tv3 ke.

5) Poyo.

- Yang ni toksah cakap la. Macam-macam jurus poyo yang ada.

6) Mendesak-desak.

- baru sekali dua hantar sms, dah terus nak telefon bergayut-gayut berjam-jam then terus nak cepat-cepat ajak keluar pastu lekas-lekas nak jawapan dan kata putus. tang ni memang banyak kes perempuan tu dari elok-elok macam nak bagi peluang, terus tutup kitab langsung. sabar tu separuh dari iman, kan?

7) Keterlaluan shower perempuan yang nak dingorat tu.

- yang ni tak tentu. ada perempuan yang suka. ada yang rimas. depends la.

contoh- hantar coklat sampai sebakul kat perempuan yang nak ditackle masa exam week (padehal kawan-kawan perempuan tu yang lebih banyak melahap coklat-coklat tu). padahal kalau bagi sejenis je pun dah kira sweet dah. pastu perempuan tu baru keluar jerawat sebijik, kecik je, lelaki tu hadiahkan SK2 essence yang mahal tu. ni semua masa time mengorat je ni, belum jadi awek lagi. sebab selalunya seorang perempuan yang jujur tu bila dia masih belum dapat putuskan samada nak terima atau tidak seorang lelaki tu, dia akan rasa bersalah dengan pemberian-pemberian lelaki tu. jalan yang senang is to say no to the guy. sapa rugi sekarang? tapi lain la pulak kalau perempuan tu memang berkenan sangat dengan lelaki tu dari mula, then lelaki tu showerkan dia pulak, aku rasa yang tu tak berkaitan la dengan perkara no (7) ni.

aku rasa mesti korang pernah berdepan dengan macam-macam style lain dari apa yang aku listkan tadi. macam aku cakap tadi, lain orang lain pengalaman kan? but nobody's perfect kan... kita memang takkan dapat jumpa orang yang sempurna. aku pun tak pernah mencari yang sempurna. aku lebih suka yang sederhana..

Sunday, March 1, 2009

AKU DAN ACCA : EPISODE 8

Lanjutan dari entry sebelum ini.

Ada yang bertanya, macam mana agaknya perasaan masa tu. Terlalu sukar digambarkan. Boleh aku katakan kat sini, perasaan gembira tu lepas sebulan pun masih belum hilang. Rasa terharu, puas, bersyukur, dan macam-macam lagila.

Mak peluk dan cium aku dalam kereta. Aku maklumkan pada dua orang lecturer yang sangat supportive- Prof Ef dan Puan Lene. Prof Ef ni memang tak jemu-jemu nasihat dan bagi semangat pada aku. Pernah jugak dia bagi madu lebah yang imported dari Australia untuk arwah Ayah aku. Puan Lene pun selalu bagi aku article-article yang banyak membantu aku. Usaha diorang ni kalau ikutkan tak sesusah mana, tapi perbuatan yang tak sesusah mana ni la yang sangat-sangat dirasakan berharga dan tak ternilai pada aku yang masa tu morale dah decline sangat-sangat.

Aku telefon Em, dan Reen. Dua orang kawan yang sangat-sangat mengambil berat hal ACCA aku, dan yang percaya yang someday aku akan qualified. Reen kata patutla kali ni suara aku ceria je, kalau tak selalunya call dia lepas result released mesti suara tersekat-sekat macam intro-intro nak menangis. Ye ke? Aku pun dah tak ingat dah masa dulu-dulu tu sebab terlampau happy.

Aku jamu makan kat jabatan aku. Aku ingat lagi ketua jabatan aku wish- "...tahniah la, sbb awak lulus LCCI...". huuhuhuuuu... boring je kan orang selalu tertukar ACCA ngan LCCI? takpela Puan.. nasib bukan LCCT.

Lagi, aku belanja BBQ kat umah nenek aku. Beli segala haiwan halal yang boleh dipanggang. Panggil semua pakcik dan makcik aku. Makan makan makan....


Lagi, aku shopping purse, beg, kasut, buku cerita, etc etc. For the very first time, duit gaji aku dapat digunakan sepenuhnya untuk beli apa yang aku nak beli tanpa perlu risau kena spare untuk exam fees bulan Jun atau Disember. Bagi yang pernah melaluinya- yang setiap kali dapat gaji mesti ketepikan sikit portion untuk tuition fees plus exam fees plus annual fees then end-fail exam pulaknya, mesti boleh bayangkan macam mana rasanya bila dah qualified tu.

Monday, February 23, 2009

AKU DAN ACCA : EPISODE 7

Em : Aku belanja kau makan,nak?
Me : Best! Best! Okehh!!
Em : Jumpa kat section 7. Restoran Vichida.


Aku drive ke Vichida. Dari jauh aku nampak Em dengan Kelisa putihnya. Salam, muah-muah, gelak-gelak, terus duduk kat meja makan. Happynya dapat jumpa Em. Sejak tahun 2004 bila aku masuk final stage sorang-sorang, memang aku dah agak renggang dengan Em. Rasanya dah lama sangat tak jumpa. Dia belanja makan sebab masa tu dia baru dapat kerja kat KWSP.

Em masa tu pakai buju kurung thai silk. Along with matching handbags and stilettos. Sebenarnya simple saja penampilan dia hari tu. Tapi kat mata aku time tu Em macam hebat sangat.

Mahal ke kasut dia? Purse dia nampak macam branded. Baju kurung dia cantik. Sure mahal ni. Gaji dia mesti banyak ni. Mesti nih..

Em qualified 2006 kalau tak silap. Kiranya masa aku jumpa dia tu dia dah qualified la. Sebab tu benda-benda kecik kat Em pun time tu aku kagum. Kat dalam otak aku time tu cuma fikir yang Em ni hebat sebab dia dah qualified, sebab gaji dia ialah gaji orang yang ada ACCA. Itu je yang aku dok fikir.

So kami makan, sembang-sembang, dan Em sempat bagi nasihat. Dia suruh aku habiskan jugak ACCA tu sambil kerja. Tak kisahla sampai tua sekalipun. Dan satu tips yang paling aku ingat sampai sekarang- attempt soalan-soalan ACCA tu macam main puzzle. Macam jawab soalan teka-teki. "...jangan stress sangat, kau kena happy-happy je...". Keinginan aku untuk qualified masa tu sangat-sangat extreme. Kiranya kalau kau suruh aku kunyah sebakul cili api sambil jawab soalan Hedging pun akan kubuat kalau itu jaminannya nak pass. Dan disebabkan aku terlalu kagum tengok Em masa tu, aku pun ambik semua nasihat dia.

Tiba-tiba aku jadi bersemangat nak belajar balik. Disebabkan baju thai silk Em, purse Em, dan nasihat-nasihat Em aku jadi bersemangat sangat.

Aku nekad, swipe credit card, opt untuk exam June 2007. Aku jadi berani. Sebab aku rasa aku dah terlalu lama duduk kat comfort zone aku. Aku dah lama sangat layan perasaan aku. Dah tiba masa aku kena berubah. Since aku pun dah tukar kerja kat tempat baru, angin baru, suasana baru, benda-benda ni pun kira membantu aku. Aku tawakkal je masa tu. Aku study belah malam, dan siang keje macam biasa. Kali ni aku tak tertekan langsung dan aku praktikkan semua nasihat yang Mal bagi. Jawab soalan macam main puzzles.

Dan sampailah ke tarikh 18/8/2007- result released.


Aku still ingat, pc aku ada problem, so aku terpaksa pegi CC kat area umah aku. Aku ambik cuti masa hari result released sebab takot yang amat, tapi tak bagitahu Ayah dengan Mak reason aku cuti.

Aku takut. Betul-betul takut. Tangan menggigil ni. Pelan-pelan aku masukkan password untuk email. Dan pelan-pelan aku click pada subject 'Result Online'.

Aku terlampau takut. Aku pandang keyboard sambil jari aku scroll mouse. Pelan-pelan aku angkat muka dan pandang skrin.




Congratulations on completing ACCA's examinations. You are now an ACCA Affiliate. Please remember that you must not use ACCA designatory letters until you have obtained full membership.


Aku qualified?



Ada mamat duduk sebelah aku ni tegur "..dik, tengok result SPM ke?.." bila dia nampak aku sengih lebar sorang-sorang, sambil sapu-sapu muka aku sebab rasa macam tak percaya sangat-sangat. Perasaannya hanya Allah yang tahu. Bayangkan dari tahun 2004 aku struggle pada tiga paper yang sama berulang-ulang kali, takde reward yang lebih berharga dari ayat dalam email tu. Ayat tu macam ubat, macam penyejuk hati orang kata. Aku rasa terawang-awang dan macam nak melompat kat situ jugak.

Wednesday, February 18, 2009

"... apa lagi yang salah, apa lagi yang silap..."

Membaca entrynya semalam buat aku teringat pada diri aku yang dulu.

Susah nak terangkan benda ni.

Semester ni kau attempt beberapa soalan past year, kau buat study group, but kau end-up fail. Semester depan kau tukar strategi, kau consult lecturer, plus kau baca financial periodical, tapi kau still fail. Semester berikutnya kau tambah lagi usaha, kali ni kau pegi revision class yang mahal2 yang lecturernya hebat2, tapi ntah kenapa kau masih juga fail. Next semester, kau belajar macam biasa je dan kau dah tak simpan harapan menggunung sebab hati kau dah sakit, dan of course- kau fail.

Apa lagi yang salah. Apa lagi yang silap.

Buat Zana, aku harap dia mengerti 3 perkara ni- usaha, rezeki dan tuah. Belum rezeki Zana lagi. Usaha lagi. Mana tahu tahun depan ada rezeki, dan tuah bakal menyebelahi InsyaAllah.

Sunday, February 15, 2009

terlanggar kucing

Saya rasa bersalah sangat hari ni.

Pagi ni saya bangun lewat. sebab saya uzur, dan kebetulan saya mengantuk sangat sebab baru balik dari rumah nenek saya malam tadi. Saya sedar dah pukul 8.30 pagi, nampak Mak tengah makan sarapan. Saya ajak dia pegi pasar pagi, nak carik ikan tuna untuk kucing-kucing dia. Mak macam merajuk dengan saya agaknya, sebab dah lambat bangun pagi so lambatlah ke pasar. Dia kata dia malas + takde mood + panas nak pegi pasar sebab jam dah pukul 9 dan cuaca pun dah cerah sangat dah. Pastu kakak saya call ajak pegi pasar section 6 nak beli barang-barang nak buat laksa Johor. Mak saya jadi okay balik, dia ajak saya pegi Shah Alam. Saya pulak jadi ala-ala merajuk. Naper masa saya ajak tadi dia taknak, pastu dan-dan bila akak saya ajak dia terus je nak. Saya diam je, tapi saya pegi mandi dan bersiap-siap gak. Saya bawak barang-barang nak buat kek dengan oven sekali sebab terasa nak bakar kek untuk anak buah saya hari ni. Mak ajak adik lelaki saya hantar dia pegi Shah Alam sebab dia tengok saya macam merajuk je dengan dia gamaknya.

Mak yang dah ala-ala merajuk semula dengan saya naik kereta dengan adik saya. Dan disebabkan saya bawak oven dan segala mak nenek untuk baking, saya pun bawak kereta saya sendiri. Masa nak reverse kereta, saya rasa biasa je, tapi dengar bunyi kucing kuat sangat.

Saya berhenti kejap, tengok-tengok keluar dari bawah kereta saya Miut- kucing Mak, melompat-lompat macam ikan keli kena siang tu, dengan darah terpercik-percik.

Saya turun kereta. Tangan menggigil-gigil dail nombor Mak. Mak dengan Adik tak jauh lagi rasanya. Mak tak jawab phone, biasalah dia selalu tak dengar sebab simpan phone dalam handbeg. Saya call Adik pulak, suruh dia patah balik. Adik tanya kenapa tapi saya dah takleh nak jawab dah. Suara saya dah terketar-ketar dah time tu.

Kucing-kucing Mak yang lain datang mengerumun. Ada yang jilat-jilat kucing yang kena langgar tu.

Mujur perut tak pecah. Tayar tu kena telinga kanan sampai mata kanan kucing tu. Jadi biji mata dia tersembul, dan bahagian badan yang lain semuanya okay. Sedihnya saya rasa. Menitik air mata saya.

Mak saya menangis, teruk sangat. Gayanya macam saya menangis time saya kena rotan dengan arwah Ayah masa kecik-kecik dulu. Mengongoi orang kata. Bengkak mata dia. Saya kutip kucing tu, bungkus dalam surat khabar, masuk dalam plastik. Adik saya tolong siram darah-darah yang terpercik tu. Sedih sangat rasanya. Sayu sangat.

Sampai Shah Alam, saya tanam kucing tu depan umah kakak saya. Tanah depan umah dia tu dah le penuh dengan batu, sikit punya susah nak mencangkul. Mak menangis-menangis lagi. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Saya biar je dia menangis. Saya tengok Miut for the very last time, badannya yang lembik je, bulu-bulu pun macam menguncup, dan paling sadis- mata belah kanan yang terkeluar dari soket tu. Saya tengok dan saya niat dalam hati, kalau ada rezeki kat akhirat nanti kita jumpa lagi, maaf sebab saya tak sengaja langgar.

Sedihnya. Teringat Cola yang mati masa Mak kat Mekah.

Seumur hidup saya tak penah langgar kucing. Rasa macam pembunuh je walaupun benda tu bukan dilakukan dengan sengaja. Abang ipar saya kata takpela, janji jangan langgar budak kecik sudah. Bayangkan orang yang reverse kereta pastu terlanggar anak sendiri tu. Lagila trauma kan.

Saya heran jugak, selalunya kucing-kucing saya bertempiaran lari kalau saya start enjin kereta. Tapi agaknya dah ajal Miut, kali ni dia diam je duduk bawah kereta saya gamaknya. Dia dah la tak berapa sihat. Dah sebulan lebih tak lalu makan, tak berapa aktif main, dan lambat respon. Bawak jumpa Vet katanya selsema. Tapi mungkin dapat infection macam Cola dulu. Kalau tengok gaya penyakitnya mungkin dia akan end up macam Cola jugak dulu. Tak lalu makan, tak aktif, lambat respon, then tahu-tahu terus tak boleh bangun, baring je, seminggu lepas tu mati. Tapi better la mati mcm tu dari kena langgar dengan tuan sendiri kan? Sedihnya.. Patutla malam tadi dia datang kat saya, tidur sebelah saya. Agaknya dia dah boleh rasa yang dia akan kena langgar dengan saya pagi ni. Sedihnya. Rasa macam berdosa sangat ni.

Saturday, February 7, 2009

my one and only nephew


sian budak ni..selipar jamban pun dibuat mainan.


sedap ke bau kasut mama?


okay dah, takmo main kasut mama dengan abah lagi.

Wednesday, February 4, 2009

anak angkat Mak




Monday, February 2, 2009

what's your passion?



Ada seorang kawan yang bercerita tentang hidupnya yang sungguh hectic, yet dia gembira dan enjoy life to the fullest. Aku kagum sangat dengan dia ni, jadi aku tanya apa rahsianya.

"...Sebab aku suka sangat kerja ni... Aku tak perlu paksa diri aku setiap hari. Aku tak perlu dengar ceramah motivasi subuh2 kat tv3 tu. Sebab pekerjaan aku ni memang minat mendalam aku..."

Passion.

Masa kecik-kecik dulu, aku perasan Mak aku suka baking. Dia memang rajin sangat buat kek. Masa tu adik beradik aku semua ada lagi, zaman berhingus lagi, memang suka la kalau tengok Mak mula pukul butter dengan gula. Aku paling suka jilat baki-baki adunan kek kat senduk kayu Mak aku. Padahalnya ada telur mentah kan? hehehe.. sedap betul aku rasa. Mak aku suka buat kek butter atau kek marble. Dia suka guna SCS butter, Golden Churn butter, atau Buttercup. Wangi sangat baunya bila kek dibakar. Kemudian dia buat butter icing, dan susun-susun ceri/badam kat atas kek tu. Kalau bulan puasa dia akan buat biskut dam, tart nenas, biskut oat, dan beberapa biskut lagi la. Aku suka bau biskut yang tengah dibakar time bulan puasa tu. Buat aku rasa nak cepat-cepat berbuka. Nanti lepas sembahyang Isyak, Mak bagi kitorang rasa biskut yang dia buat. Tapi tak boleh makan hari-hari kata Mak. Nanti hari raya dah takde biskut pulak. Kalau ada jamuan kat sekolah, aku selalu angkat tangan volunteer nak bawak kek Mak aku. Kalau ada kakak atau abang sepupu aku kahwin pun, selalu Mak buatkan kek untuk hantaran diorang. Aku dengan Kakak aku suka duduk depan Mak, tengok dia kaup tepung dalam adunan butter, tengok dia gris loyang kek, tunggu depan oven masa kek dah dekat nak masak. Rindunya aku zaman tu...






Lama-lama, aku jadi minat benda tu. Kali pertama aku buat kek sendiri masa umur 13 tahun. Aku pun dah tak ingat kek tu rasanya macam mana. Yang aku ingat, lepas daripada tu, setiap weekends aku akan cuba resepi2 kek Mak aku. Mak marah-marah selalu, bukan sebab dia dengki kek aku sedap, tapi sebab aku sepah-sepahkan almari dia simpan barang-barang untuk baking. Aku kemas tak ikut piawaian dia, dan kadang-kadang dia tambah naik radang bila dia tengok barang-barang buat kek dah habis aku kerjakan time dia teringin nak buat kek. Kesian Mak. Tapi ntah, time tu aku rasa seronok bakar kek. Kadang-kadang aku bawak pegi rumah kawan-kawan, bagi jiran-jiran, dan yang paling selalu ialah Mak aku kena bawak pegi hospital tempat dia keje sebab orang kat rumah semua dah naik muak makan kek aku. Mana taknya, tiap Ahad mesti ada bau kek kat dapur umah aku. Tapi aku enjoy buat tu. Aku rasa seronok sangat. Macam hilang semua masalah aku time bancuh-bancuh kek tu.

Bila dah masuk IPTA, hobi tu masih berterusan. Kali ni aku dah boleh buat kek lapis kukus, kek keju, dan beberapa kek lain yang takde dalam buku resepi Mak aku. Kek Keju tu aku belajar dengan Course Coordinator ACCA masa kat uitm dulu. Tambah seronok sebab kawan-kawan bertambah, dan kalau ada kelapangan aku selalu buatkan kek untuk kawan-kawan kat asrama. Susah aku nak explain apa aku rasa. Senang cakap, aku rasa sangat-sangat tenang dan seronok masa buat kek tu.

Aku suka pegi kedai-kedai yang jual bakery utensil mcm kat Bake with Yen, atau Baguz Bakery tu. Aku boleh duduk berjam-jam dalam kedai tu, just staring kat semua peralatan dan bahan-bahan buat kek yang jarang-jarang boleh jumpa kat hypermarket biasa. Kadang-kadang aku beli benda yang aku belum tahu apa resepinya. Rasa ralit sangat. Aku suka tengok esen-esen yang bermacam jenis, food colouring yang cantik-cantik, dan cookie cutter yang comel-comel. Aku paling suka temankan Mak shopping barang-barang nak buat biskut/kek masa bulan puasa. Kalau Mak tak ajak aku merajuk. Walaupun lenguh kena pegang bakul besar yang berat, pastu berlaga-laga dengan makcik-makcik yang blocked jalan sebab bersembang sambil memilih tepung, dan beratur panjang, tapi aku suka sangat. Aku suka tengok barang-barang yang dijual kat kedai tu, dan itu saja dah cukup buat mood aku berubah dari cranky kepada ceria yang amat. Aku tak exaggerate ni, memang betul aku suka sangat. Bayangkan kedai tu sempit dan penuh dengan barang, Mak aku pulak main letak je butter yang berat-berat tu, tepung, kacang-kacang, gula, dalam bakul yang macam orang bawak pegi pasar tu, tapi sikit pun aku tak rasa penat. Aku rasa macam kat wonderland aku. Ceh. Over betul. But seriously, apa saja yang berkaitan dengan kek buat aku happy. Masuk kedai kek kat kampung nenek aku pun aku suka. Surf website yang ada gambar-gambar kek pun aku suka. Kalau aku bad mood, tempat yang baik untuk redakan perasaan tu bukan pegi ke Mall dan shopping kat MNG atau Zara macam kakak aku. Pegi kedai jual barang buat kek dah cukup. Tapi tu aku lah. Orang lain caranya berbeza kan.




Itu ke passion aku?

Kadang-kadang aku beritahu Mak yang aku nak sambung belajar kat mana-mana pasal pastries. cakes, etc. Mak aku gelak je. Mesti dia ingat aku main-main. Aku rasa barangkali Accounting bukanlah passion aku. Baking itu lah passion aku. Kalau involve dengan career yang berkaitan dengan baking pun definitely ada cabaran juga kan. Mana nak fikir letih badan lagi, idea nak buat kek dan biskut yang sedap-sedap lagi, nak fikir cara nak tackle hati pelanggan lagi, harga barang-barang mentah yang makin naik tiap hari lagi. Tapi kalau itu passion kita, apa yang kita buat tu akan lebih bermakna. Mungkin kita still perlukan ceramah motivasi subuh-subuh kat tv3. Tapi hati kita akan rasa puas, sebab apa yang kita buat tu ialah minat mendalam kita, dan bukan dipaksa-paksa.

So apa passion korang?



Monday, January 26, 2009

".. Eh, bila kau nak kawin ek?.."



Soalan faveret yang datangnya dari orang-orang (selain dari mak dan adik beradik saya) kat kampung nenek time cuti panjang raya cina.

Pada umur 21 tahun dulu, saya pernah terfikir, apa akan jadi kalau saya masih belum berkahwin bila usia bakal mencecah 25 tahun?

Kenapa 25 tahun?

Sebab pada akal saya ketika 21 tahun, saya beranggapan hidup saya akan/sepatutnya/mesti lengkap pada usia tersebut. Umur 25 bukan ke mesti dah graduate, kerja, dan beli kereta? Akal yang tak berapa matang masa tu fikir yang waktu paling perfect untuk tamatkan zaman bujang ialah pada umur 25 tahun. Waktu tu dalam otak saya gambaran hidup yang sempurna ialah lebih kurang macam tu.

But hey, que sera sera.. whatever will be will be. the future's not ours to see. Que sera sera..

Dalam saya struggle untuk tamatkan ACCA, saya pun macam orang lain jugak, ada kawan rapat ehem ehem. Mak dan Ayah of course tak boleh tahu. Rahsia simpan elok-elok. Dan bila tiba hal-hal macam ni, saya jadi terlalu secretive, sampaikan kakak dan kawan paling rapat pun tak boleh tahu. Jaga air muka la konon. Rasa macam malu je kalau cerita-cerita kat orang, pastu hubungan tu tak kemana. Macam artis je aku nih...:-)

Hubungan-hubungan tu ada cerita tersendiri. Saya pun malas la nak ingat-ingat balik. Tapi penyebab kepada putusnya hubungan tu saya paling ingat.

Arwah ayah saya meninggal sebab kanser. Diagnosed pada 2002, dan survived 5 tahun. Waktu saya suffer dalam usaha nak habiskan ACCA dulu, saya paling takut kalau-kalau Ayah meninggal sebelum saya sempat qualified. Macam yang saya pernah cakap dalam entry sebelum ni, ada banyak benda dalam hidup saya yang dicorak oleh Ayah. Enroll ACCA pun sebab Ayah. Hal ketakutan tak sempat qualified sementara Allah masih pinjamkan Ayah pada saya ni selalu sangat bermain dalam otak dan untuk beberapa tempoh tahun tertentu saya memang selalu prioritise ACCA dan arwah Ayah berbanding benda lain. Sampaikan ke satu peringkat, saya pernah berdoa supaya saya dijauhkan dari hal-hal berkaitan hati dan perasaan supaya saya dapat focus pada perkara yang pada saya perlu diutamakan.


So hidup saya menjadi sangat simple back then. Sibuk dengan rutin yang padat- menghadiri part-time class, revision, hantar Ayah ke hospital, hantar Mak ke kenduri kahwin, etc etc etc. Macam jadi terlalu susah sangat nak keluar dating, apatah lagi hang-out dengan kawan-kawan. Ada sorang ex tu pernah cakap yang dia terasa dirinya macam 'digantung tak bertali' je. Macam drama je kalau ingat balik sekarang. Untuk memburukkan lagi keadaan, seboleh-bolehnya perbincangan soal kahwin cuba saya elakkan. Pada mereka saya maklumkan yang saya belum bersedia menerima apa-apa komitmen sebelum saya qualified. Dan bila ada yang cuba berkias tentang Mak Abahnya teringin nak berkenalan dengan Mak Ayah saya, saya dah ready dengan 1001 alasan- 'saya perlukan lebih masa', 'saya ada perkara penting yang perlu saya utamakan dulu', 'saya belum bersedia ke peringkat tu', ermm, I remember saying those. And pada waktu tu pulak, rasa down lepas tengok result ACCA menjadi rutin saya setiap 6 bulan. Jadi bayangkan apa perasaan mereka- dah la keluar dating sikit punya susah, lepas tu tak nak cakap apa-apa pasal kawin sampai qualified, plus asyik fail je pulak minah ni. Memang hopeless la. Perangai-perangai tak molek saya ni buat mereka rasa saya tak bersungguh nak menjayakan hubungan yang memang tak kemana tu. Jadi break-up ialah jalan yang paling baik. Saya tak pressure, dan mereka pun tak merasa tertipu atau perlu menunggu untuk satu tempoh yang saya sendiri tak pasti. Pernah tak korang putus hubungan dengan orang yang korang masih sayang disebabkan korang benci dengan apa yang korang buat kat diorang? Sangat menyeksakan I tell u... huhuhu..

Jodoh ni barangkali semacam peluang juga. Peluang yang kadangkala tiba pada waktu yang tak dijangka. Dan sama seperti sifat peluang, ia hanya datang untuk beberapa kali dalam tempoh tertentu, dan amat rugi untuk disia-siakan. Kalaulah apa yang saya fikir ni betul, rasa-rasanya saya dah lepaskan 3 kali peluang penting ni. Peluang yang datang pada masa yang betul-betul saya tak bersedia. Pada waktu yang betul-betul saya tak berdaya nak menyambutnya. Jodoh tak akan tercipta kalau satu pihak saja yang bersedia dan satu pihak lagi menolaknya.

Jodoh tu akan tiba pada masa, waktu, dan ruang seperti yang telah tertulis di Loh Mahfudz. Cepat atau lambat, saya fikir ia sudah terlukis takdirnya. Sama macam rezeki kita yang lain-lain juga. Samada cepat atau lambat, kalau dah tertulis sesuatu itu hak kita, insyaAllah satu hari nanti apa yang dihajatkan itu juga akan tiba pada masa yang telah ditakdirkan. Jadi tak perlu risau.

Saya bahagia, dan redha menerima takdir yang tertulis buat saya. Tapi orang-orang yang suka bertanya soalan kat atas tu agaknya terlebih risaukan saya. Atau mungkin mereka takut saya akan suruh mereka bayar balik study loan saya kot.
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr