Monday, February 23, 2009

AKU DAN ACCA : EPISODE 7

Em : Aku belanja kau makan,nak?
Me : Best! Best! Okehh!!
Em : Jumpa kat section 7. Restoran Vichida.


Aku drive ke Vichida. Dari jauh aku nampak Em dengan Kelisa putihnya. Salam, muah-muah, gelak-gelak, terus duduk kat meja makan. Happynya dapat jumpa Em. Sejak tahun 2004 bila aku masuk final stage sorang-sorang, memang aku dah agak renggang dengan Em. Rasanya dah lama sangat tak jumpa. Dia belanja makan sebab masa tu dia baru dapat kerja kat KWSP.

Em masa tu pakai buju kurung thai silk. Along with matching handbags and stilettos. Sebenarnya simple saja penampilan dia hari tu. Tapi kat mata aku time tu Em macam hebat sangat.

Mahal ke kasut dia? Purse dia nampak macam branded. Baju kurung dia cantik. Sure mahal ni. Gaji dia mesti banyak ni. Mesti nih..

Em qualified 2006 kalau tak silap. Kiranya masa aku jumpa dia tu dia dah qualified la. Sebab tu benda-benda kecik kat Em pun time tu aku kagum. Kat dalam otak aku time tu cuma fikir yang Em ni hebat sebab dia dah qualified, sebab gaji dia ialah gaji orang yang ada ACCA. Itu je yang aku dok fikir.

So kami makan, sembang-sembang, dan Em sempat bagi nasihat. Dia suruh aku habiskan jugak ACCA tu sambil kerja. Tak kisahla sampai tua sekalipun. Dan satu tips yang paling aku ingat sampai sekarang- attempt soalan-soalan ACCA tu macam main puzzle. Macam jawab soalan teka-teki. "...jangan stress sangat, kau kena happy-happy je...". Keinginan aku untuk qualified masa tu sangat-sangat extreme. Kiranya kalau kau suruh aku kunyah sebakul cili api sambil jawab soalan Hedging pun akan kubuat kalau itu jaminannya nak pass. Dan disebabkan aku terlalu kagum tengok Em masa tu, aku pun ambik semua nasihat dia.

Tiba-tiba aku jadi bersemangat nak belajar balik. Disebabkan baju thai silk Em, purse Em, dan nasihat-nasihat Em aku jadi bersemangat sangat.

Aku nekad, swipe credit card, opt untuk exam June 2007. Aku jadi berani. Sebab aku rasa aku dah terlalu lama duduk kat comfort zone aku. Aku dah lama sangat layan perasaan aku. Dah tiba masa aku kena berubah. Since aku pun dah tukar kerja kat tempat baru, angin baru, suasana baru, benda-benda ni pun kira membantu aku. Aku tawakkal je masa tu. Aku study belah malam, dan siang keje macam biasa. Kali ni aku tak tertekan langsung dan aku praktikkan semua nasihat yang Mal bagi. Jawab soalan macam main puzzles.

Dan sampailah ke tarikh 18/8/2007- result released.


Aku still ingat, pc aku ada problem, so aku terpaksa pegi CC kat area umah aku. Aku ambik cuti masa hari result released sebab takot yang amat, tapi tak bagitahu Ayah dengan Mak reason aku cuti.

Aku takut. Betul-betul takut. Tangan menggigil ni. Pelan-pelan aku masukkan password untuk email. Dan pelan-pelan aku click pada subject 'Result Online'.

Aku terlampau takut. Aku pandang keyboard sambil jari aku scroll mouse. Pelan-pelan aku angkat muka dan pandang skrin.




Congratulations on completing ACCA's examinations. You are now an ACCA Affiliate. Please remember that you must not use ACCA designatory letters until you have obtained full membership.


Aku qualified?



Ada mamat duduk sebelah aku ni tegur "..dik, tengok result SPM ke?.." bila dia nampak aku sengih lebar sorang-sorang, sambil sapu-sapu muka aku sebab rasa macam tak percaya sangat-sangat. Perasaannya hanya Allah yang tahu. Bayangkan dari tahun 2004 aku struggle pada tiga paper yang sama berulang-ulang kali, takde reward yang lebih berharga dari ayat dalam email tu. Ayat tu macam ubat, macam penyejuk hati orang kata. Aku rasa terawang-awang dan macam nak melompat kat situ jugak.

2 comments:

Anonymous said...

"Kiranya kalau kau suruh aku kunyah sebakul cili api sambil jawab soalan Hedging pun akan kubuat kalau itu jaminannya nak pass"

Bukan setakat Kak Sania je yang akan buat macam tu..Semua budak ACCA pun sama..(including me..)


"jangan stress sangat, kau kena happy-happy je..."

saya pun nak pinjam ayat tu jugak!!!!!!! i hope i'm happy dan tidak stress masa jawab soalan untuk june ni.



Kak Sania......Perasaan 'masa tu' mesti sangat manis kan??? I wanna feel that way too...

sania said...

perasaan masa tu, erm, kak sania teringat masa dapat result SPM dulu. macam tu la happynya.

rasa terawang-awang. rasa macam batu konkrit besar yang selama ni duduk atas bahu finally dapat dijatuhkan. rasa ringan sangat kepala.

awak kena cepat2 qualified tau! nanti akak kasi awak hadiah!

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr