Wednesday, March 11, 2009

BELANJAWAN MINI 2009

Tugas saya malam ini ialah:-

Membaca dan memahamkan perkara diatas.

Si Putih telah cuba mensabotaj dengan mencakar-cakar dan menggigit-gigit nota tentang budget mini yang saya letak atas coffee table. Oh ye, saya lupa nak cerita. Si Putih ialah anak kucing berusia sekitar 3-4 bulan yang saya kutip dari R&R Awan Kecil hari selasa minggu lepas. Beliau sangat lembik, terhoyong hayang, busuk,dan hodoh, sambil dihalau-halau oleh kakak penjual kacang rebus kerana percubaannya untuk memanjat trolley kacang. Saya yang sangat lesu petang itu telah membuat lawak separa bodoh dengan cuba mengeluarkan duit di ATM R&R Awan Kecil dengan menggunakan kad kredit. Sebaik saja saya mendengar suara si Putih busuk yang nyaring, barulah saya sedar tentang lawak separa bodoh yang sedang saya lakukan itu, lantas dengan segera mengeluarkan kad ATM yang sebenar sambil kontrol malu depan kakak bermuka penat yang beratur di belakang saya. Saya cekup si Putih busuk dan letak di seat penumpang hadapan. Si Putih tak duduk diam. Beliau cuba menggigit-gigit gear kereta dan melompat terkinja-kinja. Saya memarahi beliau, dan beliau akhirnya akur serta terus mengunci mulut sepanjang perjalanan kembali ke Klang. Beliau memang kucing yang baik.

Malasnya nak baca mini budget ni..

Malas...

Malaszzzz.......



P/S : Si Putih sekarang sudah comel, dan monggel. Beliau berbulu putih bersih dan bermata biru rupanya. Tidak sia-sia saya mengutipnya. Gambar dibawah ni bukan gambar si Putih. saya upload dari jentayus.com. Tapi si Putih saya serupa macam dia ni.

3 comments:

gadishebat. said...

akak dtg buat ape?
kalau bgtau,boleh ktie jumpe kan?kan?

Anonymous said...

salam akak...nk tny akak beberape soklan bout acca...akak ada email xor email lah sy kat art_slave612@yahoo.com

sania said...

zana,
hehehe... akak datang kat lab awak la.. apa-apa hal email akak. kang kita sembang kat dalam email.

art_slave612,
w'salam.. email akak saya_sania@yahoo.com. nak tanya banyak pun boley..

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr